Pernahkah anda menonton rancangan ujibakat terbesar di seluruh benua Asia iaitu Asia’s Got Talent? Jika ya, anda pasti berasa sangat berbangga kerana pada musim kali ini, terdapat ramai peserta dari Malaysia yang berjaya mempamerkan bakat dan membuatkan kita semua sangat kagum!

Antaranya seperti kumpulan penyanyi perempuan yang menggelarkan diri mereka sebagai NAMA dan juga seorang pelajar berusia 15 tahun yang menggelarkan dirinya sebagai Manusia Kalkulator…

Oh Bulan

Persembahan yang memaparkan kemahiran pengiraan mengagumkan oleh remaja dari Malaysia ini bukan sahaja membanggakan seluruh negara tetapi juga berjaya menarik perhatian seluruh Asia!

Bersekolah di SMK Bandar Tun Hussein Onn, pelajar berusia 15 tahun yang bernama Yaashwin Sarawanan ini telah memukau para penonton dan juga juri iaitu David Foster, Anggun serta Jay Park dengan kemahirannya melakukan kiraan tanpa menggunakan kalkulator.

Memulakan persembahannya, Yaashwin telah memberikan sebuah kalkulator kepada David dan meminta juri untuk melakukan kiraan dengan bantuan kalkulator tersebut. Tanpa sebarang peralatan pada tangannya, Yaashwin berjaya menjawab setiap pengiraan dengan tepat dan pantas sekali gus ‘mengalahkan’ kalkulator yang ada pada tangan David waktu itu.

GPS Bestari

David terus mencabar keupayaan Yaashwin dengan memberikan soalan berkaitan penambahan, pendaraban dan juga pembahagian namun segalanya berjaya dijawab dengan mudah!

David turut berseloroh dan menyatakan bahawa dia yakin Yaashwin pasti akan mendapat ramai teman wanita selepas rancangan itu disiarkan di kaca televisyen.

Video ujibakat ini telah meraih lebih daripada 664,000 tontonan di YouTube sekali gus membuatkan netizen amat mengagumi keupayaan Yaashwin untuk melakukan kiraan lebih pantas berbanding kalkulator!

Bril!o.net

“Dia pasti dapat menjawab kertas peperiksaan PT3 Matematik dengan mudah,” komen seorang netizen.

Yaashwin turut membalas komen-komen positif dan lucu daripada netizen dengan menyatakan:

“Terima kasih kepada semua kerana sokongan anda! Saya akan terus melakukan yang terbaik dan mengagumkan anda. Itu janji saya!”

Diharap agar Yaashwin berjaya melayakkan dirinya ke peringkat akhir dan mempamerkan lebih banyak kemahiran matematik. Semoga berjaya Yaashwin!

Sumber: World of BuzzAsia’s Got Talent/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI

Video Popular