Hidup ini mungkin menjadi lebih sukar sekiranya tiada alat kemudahan yang lengkap atau pusat bantuan bagi mereka yang memerlukan pertolongan. Oleh itu, perkara yang paling bijak dilakukan ialah belajar bagaimana hendak memudahkan perjalanan hidup seharian selagi boleh.

Berikut adalah 10 idea genius yang patut dilaksanakan di mana-mana. Idea-idea tersebut mungkin kelihatan simple namun cukup bermakna bagi sesiapa yang memerlukannya.

1. Sebuah klinik menawarkan bantuan bagi mangsa yang terlibat dalam kes penderaan, keganasan atau perdagangan manusia. Caranya ialah koyakkan sehelai kertas merah tersebut dan serahkan kepada petugas klinik. Mereka akan menghubungi mangsa yang memerlukan bantuan secara peribadi.

theryanfight

2. Ini adalah cara memberi penghormatan kepada sesiapa yang kehilangan haiwan peliharaan. “Apabila lilin dinyalakan, itu bermaksud seseorang telah kehilangan haiwan peliharaan kesayangannya, sila senyap dan hormati keadaan ini.”

trojanknight

3. Buaian ini disediakan untuk mereka yang kurang upaya dan berkerusi roda. Satu tindakan yang murni dari pihak pengurusan yang tidak menyisihkan golongan ini.

Kittenblack

4. Garisan putih ini di cat pada dinding supaya pemandu dapat meletakkan kenderaan mereka dengan sempurna.

Krzyygamin

5. Jabatan Pembangunan Pelancongan Tennessee dan Taman Negara Tennessee telah bekerjasama untuk memasang peninjau “buta warna” di lima lokasi taman negara di seluruh negera. Secara keseluruhan, terdapat 11 peninjau “buta warna” dipasang di Tennessee.

aegist1

6. Di Singapura, warga emas dibenarkan tap kad identiti mereka pada alat khas untuk mempunyai lebih masa ketika melintas jalan.

NickyNek

7. Tandas ini menyediakan pam dengan menggunakan kaki. Memudahkan juga!

BradleyC5922

8. Pasaraya ini menyediakan bakul merah untuk pelanggan yang mahu dibantu oleh pembantu jualan dan bakul hitam untuk pelanggan yang mahu bersendirian. 

noideawhatsupp

9. Sabun ini menyenaraikan tujuan bahan kimia yang digunakan. Ini adalah idea yang hebat, jadi pengguna tidak akan was-was untuk menggunakannya.

silevram

10. Kubus Rubik yang direka khas untuk mereka yang cacat penglihatan. Sangat menarik!

Notafakeinterpreter

Sumber:  BORED PANDA

Maybe you're interested :

Share

Video Popular