Jepun sememangnya dikenali sebagai destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi oleh para pelancong seluruh dunia. Selain kaya dengan budaya dan kebersihan, negara matahari terbit ini juga menjadikan taman rusa sebagai satu tarikan pelancongan.

Baru-baru ini iaitu pada 3 Mac yang lalu, seorang pengguna Twitter bernama @nahairo telah memuat naik gambar yang sungguh melucukan dan meraih perhatian netizen.

@nahairo

Menurut SoraNews24, sekumpulan rusa dilihat sedang ‘berhadapan’ dengan pemilik sebuah restoran dikenali sebagai Fukuya. Rusa-rusa ini juga kelihatan enggan berganjak dan ‘berjaga’ di hadapan restoran tersebut sekali gus membuatkan kedua-duanya kelihatan seperti yakuza!

Twitter @dokutorugama77

Twitter @k91811622

Beberapa orang pelanggan turut mengongsikan gambar dan video peristiwa itu ke media sosial yang menunjukkan cubaan ‘rusa yakuza’ ini untuk memasuki restoran.

Twitter @nonsugarmilktea

Netizen yang terhibur melihat situasi ini telah melontarkan komen masing-masing mengenai tindakan rusa yang sangat comel ini!

“Yang ini kelihatan seperti masuk ke dalam!”

Twitter @TeamABC30904721

Seorang lagi memberi komen, “Saya juga pernah melihat kejadian ini. Melihat bagaimana terdesaknya rusa ini cuba untuk masuk ke dalam membuatkan saya tergelak.”

Kemudian apabila diperhatikan lagi, tidak hairanlah mengapa rusa-rusa ini begitu gemar memasuki restoran berkenaan. Hal ini demikian kerana pemilik restoran berkenaan begitu memanjakan rusa-rusa yang bergerak bebas di sekitar kawasan itu.

Twitter @minorin0506030

Pemilik restoran ini seringkali dilihat membelai dan memberi haiwan-haiwan itu makan sejak bertahun-tahun lamanya.

Gambar pemilik restoran bersama seekor rusa yang diambil lima tahun lepas

Twitter @tsumakichan

Malah, ada juga netizen yang berjenaka dan mengongsikan gambar pemilik restoran berkenaan kira-kira lima tahun lepas. Menurut netizen itu, rusa-rusa ini telah menyebabkan rambutnya beruban dengan sangat cepat!

Sungguh menghiburkan!

Sumber: SAYS, nahairo/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular