Ujian ini mampu menganalisis karakter dan mengetahui golongan manakah yang tertarik dengan personaliti anda. Hal ini kerana, kita sendiri tidak pasti apakah faktor dan ciri di dalam diri kita yang membuatkan seseorang itu tertarik dan menyukai diri kita, bukan?

Jadi, untuk mengetahuinya, anda hanya perlu memilih salah satu daripada 4 gambar pasu bunga di bawah.

Sudahkah anda memilih?

Hasil ujian:

Pasu bunga A

Semua orang mahu berkawan dengan anda dan anda dikatakan sering menarik perhatian orang yang tidak dikenali. Anda mempunyai kuasa untuk membuatkan orang lain tertarik secara semula jadi kepada anda, anda seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan semua orang.

Anda mementingkan nilai persahabatan kerana anda dapat mempelajari pengalaman daripada rakan-rakan anda. Anda juga tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Rakan dilihat sebagai hiburan rohani buat anda. Ini membuatkan orang lain berasa seronok berkawan dengan anda.

Pasu bunga B

Anda akan menarik perhatian mereka yang mengalami tekanan dan rasa tidak selamat. Anda mahir memerhatikan orang lain dan mengetahui kekuatan dan tahap keterbukaan mereka. Ini membuatkan anda sentiasa melayan orang lain dengan baik dan tidak mudah untuk membenci orang lain.

Anda bukanlah seorang yang sukakan perhatian. Jika boleh, anda lebih suka hidup tanpa campur tangan orang lain. Anda juga tidak begitu suka didekati oleh orang yang tidak dikenali. Namun, anda membuatkan orang berfikir bahawa anda merupakan seorang yang sopan dan boleh dipercayai.

Pasu bunga C

Anda akan menarik perhatian mereka yang suka berterus terang. Anda merupakan individu yang tenang dan rasional. Anda juga dengan mudah dapat mengetahui emosi dan kecenderungan orang lain. Anda berjaga-jaga dengan kata-kata anda, terutamanya jika orang lain memberi idea dan pandangan, bagi membuatkan orang lain berasa selesa dan tidak tersinggung.

Susah untuk memprovokasi emosi anda kerana anda tidak mudah melenting dan marah. Oleh yang demikian, mereka yang panas baran suka mendekati anda. Mereka berasa emosi mereka mendapat toleransi daripada anda.

Pasu bunga D

Anda akan didekati oleh mereka yang lemah dan kebudak-budakan. Anda merupakan individu yang kuat dan pandai berdikari serta tidak suka bergantung kepada orang lain. Ia tidak akan membuatkan anda berasa sunyi langsung. Anda tidak mudah percaya pada orang lain, terutamanya bagi mereka yang tidak dikenali.

Anda akan cuba menjauhkan diri daripada mereka. Kekuatan yang anda miliki menyebabkan mereka yang lemah akan tertarik dan mahu mendekati anda.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular