Apabila memperkatakan tentang jenama kereta mewah Bugatti dari Perancis, maka peminat kereta mewah dan bidang automobil sudah pasti mengenali kereta mewah dan terpantas, Bugatti Veyron yang telah berjaya memegang rekod paling lama sebagai kereta terpantas di dunia.

Baru-baru ini bersempena ulang tahunnya yang ke 110, Bugatti telah melancarkan model keluaran terbaru yang mana satu-satunya model keluaran terbaru yang dikenali Bugatti La Voiture Noire yang berharga RM 77 juta (USD18.9 juta) tidak termasuk cukai dan dengan ini ia telah direkodkan sebagai kereta termahal di dunia.

Vlad Savov/The Verge

Kereta mewah termahal di dunia ini buat pertama kali telah didedahkan dalam Pameran 2019 Geneva International Motor Show pada 5 Mac 2019 yang telah membuka tirai pameran tersebut kepada umum bermula 7 Mac sehingga 17 Mac 2019.

Vlad Savov/The Verge

Kereta Bugatti La Voiture Noire atau ‘The Black Car’, atau kereta hitam telah diinspirasikan dari model terawal Bugatti iaitu Type 57SC Atlantic yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 1930-an hingga 1940 iaitu hasil karya klasik Jean Buggati iaitu anak lelaki sulung pengasas Bugatti, Ettore Buggati.

Vlad Savov/The Verge

Kini, sudah tentu kereta mewah ini diperkemaskan dengan rekaan yang nampak lebih moden dan ‘sporty’ canggih. Dari segi prestasi, Buggati La Voiture Noire berkongsi enjin yang sama seperti yang terdapat dalam Bugatti Chiron yang pantas iaitu 1,479 kuasa kuda dengan 1,180 tork. Sungguh pantas!

The Verge

Apa yang menarik kereta ini menyasarkan kepada pengguna yang bukan sahaja mementingkan kelajuan tetapi juga melihat aspek reka bentuk yang elegan serta penuh keselesaan yang sepatutnya berada dalam kereta ‘sport’ dan mewah.

The Verge

Kenderaan dengan 16 silinder dan dilengkapi dengan 6 sistem ekzos menunjukkan dengan jelas kereta ini bukan kereta ‘sport’ biasa atau buatan kereta elektrik.

Vlad Savov/The Verge

Mana tidaknya, setiap komponen kereta ini dihasilkan dengan kepakaran hasil kerja tangan bersama kejuruteraan moden. Keseluruhan badan Bugatti La Voiture Noire diperbuat daripada karbon fiber. Khabarnya kereta ini telah dibina untuk seorang pembeli setia kereta Bugatti yang namanya belum diumumkan.

Vlad Savov/The Verge

Sudah tentu dengan tanda harganya yang mampu menyara sebuah negara miskin, kereta mewah ini disasarkan buat golongan kaya atau bangsawan yang ingin menampilkan status diri mereka dengan memiliki Bugatti La Voiture Noire. Untuk rekod, bekas CEO dan Pengerusi Volkswagen, Ferdinand Piech adalah peminat setia kereta Bugatti dan pernah memiliki model Bugatti sebelum ini. Tidak diketahui sama ada Piech adalah pemilik baru kereta ini.

Sumber : The Verge, BBC News, Sinchew Daily

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular