Tidak semua orang tahu cara untuk mengapungkan diri dengan baik, apatah lagi berenang dengan sempurna. Lazimnya, umur kanak-kanak yang pandai berenang juga tidaklah terlalu awal.

Bagaimanapun, seorang bayi berumur 1 tahun ini yang sangat mahir berenang pastinya telah membuatkan orang ramai berasa kagum dan teruja melihat kemampuannya. Ibunya, Grace Fanelli yang mempunyai dua orang anak perempuan yang masing-masing berumur 3 tahun dan 1 tahun ternyata telah berjaya membuatkan anak-anaknya mencintai air!

Kredit: Grace Fanelli/Facebook

Grace mula sekali memperkenalkan anak-anaknya kepada air kolam ketika usia mereka sembilan bulan dengan tunjuk ajar daripada jurulatih renang kanak-kanak, Brigitte Strickland. Tujuannya adalah supaya anak-anaknya mahir menyelamatkan diri sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dalam air kelak.

Bayinya yang comel ini, Cassia, yang hanya berusia satu tahun, telah menguasai beberapa gaya renang yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa. Hebat!

Kredit: Grace Fanelli/Facebook

Kerana sudah dilatih sejak berusia sembilan bulan, kini Cassia boleh berenang tanpa bantuan ibu bapanya. Lihat sahajalah bagaimana Cassia berenang dari kawasan kolam yang dalam hingga ke kawasan yang cetek. Memang mengagumkan!

Kredit: Grace Fanelli/Facebook

Ternyata, ibunya telah berjaya mengajar anak-anaknya sejak kecil cara berenang yang sangat baik sehinggakan mereka boleh berenang dengan sendirinya walaupun ketika masih kecil.

Tonton bagaimana bayi berusia satu tahun ini berenang dengan gembiranya:

Grace Fanelli/Facebook

Sumber: Happy SharingGrace Fanelli/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular