Lisa, yang menggunakan nama Ostdrossel di media sosialnya, selalu terpesona oleh alam semula jadi dan burung. Dia yang berasal dari Jerman telah berpindah ke Macomb County, Michigan untuk mendekatkan dirinya dengan alam semula jadi dan pelbagai spesies burung.

Dia mula mencuba cara untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai spesies burung tanpa menakutkan mereka dan sebagai hasilnya, dia mempunyai beribu-ribu gambar spesies burung yang cantik, ekspresi lucu mereka, sifat megah dan gelagat mereka.

Dia bereksperimen dengan semua jenis makanan untuk mengumpan pelbagai spesies burung datang ke halaman rumahnya. Dia juga akan memasang perangkap kamera yang membantu dia melaksanakan ideanya untuk meneroka spesies-spesies burung dengan lebih dekat.

Dia menggunakan Bird Photo Booth 2.0 yang terdiri daripada kotak kamera, kanta makro dan tempat letak makanan. Dia menggunakan kamera kecil yang dilengkapi dengan sensor pergerakan supaya apabila burung datang untuk makan, kamera tersebut dapat mengambil gambar tanpa mengganggu burung tersebut.

Rutinnya pada waktu malam adalah meneliti sejumlah gambar yang mengagumkan pada siang hari yang boleh mencecah sehingga 7000 keping gambar. Gambar diambil setiap hari di halaman rumah Lisa, tidak kira cuaca apa pun.

Terdapat sebahagian daripada burung-burung tersebut yang kerap berkunjung ke halaman rumahnya. Berikut adalah sebahagian daripada hasil gambar-gambarnya:

#1.

ostdrossel

#2.

ostdrossel

#3.

ostdrossel

#4.

ostdrossel

#5.

ostdrossel

#6.

ostdrossel

#7.

ostdrossel

#8.

ostdrossel

#9.

ostdrossel

#10.

ostdrossel

#11.

ostdrossel

#12.

ostdrossel

#13.

ostdrossel

#14.

ostdrossel

#15.

ostdrossel

#16.

ostdrossel

#17.

ostdrossel

#18.

ostdrossel

#19.

ostdrossel

#20.

ostdrossel

Untuk melihat gambar-gambar burung yang lain, lawati halaman media sosialnya:

ostdrossel.tumblr.com | Facebook | Instagram | twitter.com | Etsy

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular