Meadow Rain Walker hanya berusia 13 ketika bapanya, yang merupakan bintang dalam siri filem Fast & Furious, Paul Walker, terlibat dan terkorban dalam satu kemalangan.

Nampaknya sudah 7 tahun berlalu, dan kini Meadow sudah membesar menjadi seorang gadis yang cantik. Difahamkan kini Meadow merupakan seorang model.

meadowwalker | Instagram

Tidak dapat kita nafikan bahawa kehilangan ibu bapa di usia yang muda adalah satu mimpi ngeri buat seorang anak. Walaupun pada ketika itu Meadow masih muda, namun dia memiliki tahap kekuatan yang membanggakan, di mana ia digunakan untuk dia meneruskan kehidupannya.

Meadow tinggal bersama ibunya di Hawaii semasa kecil dan berpindah ke California pada tahun 2011 untuk tinggal bersama bapanya – 2 tahun sebelum kematian Paul. Kedua-dua beranak berkenaan mempunyai hubungan yang sungguh erat.

meadowwalker | Instagram

Oleh kerana Meadow memiliki rupa paras yang menawan, jadi sememangnya dia kerap kali mendapat perhatian bukan sahaja di Instagram, bahkan di dalam industri fesyen, menyebabkan dia kemudian menceburi bidang peragaan.

Pada tahun 2015, Meadow menubuhkan The Paul Walker Foundation bagi merealisasi dan meneruskan minat terbesar mendiang bapanya dalam bidang biologi marin. Hal ini kerana, mendiang Paul telah menjadi ahli lembaga pengarah The Billfish Foundation pada tahun 2006.

Empat tahun kemudian, mendiang turut membintangi siri di saluran National Geographic, iaitu Expedition Great White, di mana mendiang menghabiskan masa selama seminggu sebagai krew bot yang menangkap dan menandakan 7 ekor ikan jerung putih di perairan Mexico.

Meadow Walker | Facebook

Mendiang juga merupakan salah seorang ahli pasukan kemanusiaan, Reach Out Worldwide (ROW). Mendiang juga telah menghadiri majlis bagi mendapatkan dana kepada badan amal berkenaan sebelum terlibat dalam kemalangan ketika menaiki kereta Carrera GT Porsche.

Mendiang difahamkan sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti ROWW dan pernah ke Haiti selepas gempa bumi berlaku pada tahun 2010 di sana bagi membantu mangsa yang terkesan dengan bencana tersebut.

Paul Walker | Facebook

Penubuhan The Paul Walker Foundation ini bermatlamat untuk berkhidmat sebagai ‘sinar’ kepada semangat gigih yang dimiliki oleh mendiang Paul.

“Saya mendapati diri saya mencerminkan semangat dan minatnya – terhadap lautan, menyelamatkan haiwan, dan membantu orang ramai”, jelas Meadow.

Antara projek-projek lain, yayasan itu menawarkan geran dan biasiswa kepada para penyelidik yang bekerja untuk kemajuan dalam bidang pemeliharaan marin.

Meadow Walker | Facebook

“Saya mahu berkongsi sebahagian dirinya kepada orang lain”, kata Meadow. Menerusi satu dokumentari mengenai kehidupan mendiang, I Am Paul Walker, abang kepada mendiang, Cody juga mengakui hubungan anak dan bapa yang sangat erat di antara mereka.

meadowwalker | Instagram

“Mendiang menikmati saat menjadi bapa dan sentiasa berbangga dengan Meadow”, jelas Cody. Meadow kini sedang berusaha membina namanya. Dia bukan sahaja mempunyai wajah yang cantik namun mempunyai keinginan yang murni sama seperti mendiang bapanya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular