Pasti majoriti individu di dunia mempunyai haiwan peliharaan yang disayangi, lazimnya haiwan domestik seperti kucing, anjing, hamster, burung dan pelbagai lagi. Namun, apa yang pasti ia bukanlah haiwan jenis ini – rakun!

Sementara ramai orang yang akan mengisi hidup mereka bersama kucing dan anjing yang manja, Elena yang tinggal di Kemerovo, Russia mempunyai seekor rakun yang diberi nama Tema bagi menemani dirinya.

Tema merupakan bintang di Instagram dan kelihatan sangat comel. Difahamkan Tema gemar bermain salji dan memeluk manja tuannya. Namun, Tema mula buat ‘hal’ ketika dimandikan. Mungkin Tema tidak begitu sukakan air?

Ada ketikanya apabila Elena ternampak kusyen sofanya bergerak-gerak, dia tahu bahawa Tema sedang melakukan sesuatu. Dia kemudian menarik kusyen berkenaan dan terkejut apabila melihat seekor makhluk berbulu comel berada di lubang sofa tersebut.

 

Ternyata Tema telah mengorek sofa di rumah tuannya. Tema memilih sofa berkenaan sebagai ‘katilnya’ dan tidak akan membenarkan niatnya dihalang.

Sejurus sahaja Elena menyentuh rakunnya yang nakal berkenaan, kepala Tema akan muncul dan Tema kemudiannya akan melihat di sekelilingnya tanpa sebarang rasa bersalah. Apabila melihat Elena, Tema tetap meneruskan niatnya itu dan tidak pula melarikan diri kerana berasa malu.

Tingkah laku Tema yang lucu mencuit hati Elena. Namun Elena mengakui bahawa “rakun bukanlah sejenis haiwan yang mudah dibesarkan di rumah,” jelasnya Elena.

Tonton gelagat Tema dalam video di bawah:

Caters Clips/Youtube

Sumber: HappiestCaters Clips/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular