Ibu mana yang akan berkata membesarkan anak-anak itu mudah. Membesarkan anak-anak sudah pasti akan melalui beberapa tahap sukar dan mencabar terutama semasa menjaga bayi yang baru dilahirkan atau ketika anak kecil sedang membesar dan lasak. Anak-anak yang nakal misalnya akan membuat ibu dan bapa sama ada mahu ketawa ataupun menangis.

Beberapa minggu lalu, seorang ibu memuat naik satu gambar di Facebook menunjukkan bagaimana anak kecilnya yang masih bayi telah mengganggu hak privasinya dengan memecahkan pintu tandas apabila menyedari ibunya tiba-tiba hilang dan senyap. Dan si kecil ini tahu ibunya itu telah ke mana, ke dalam tandaslah mana lagi!

Menyedari ibunya yang kebetulan membawa telefon di dalam tandas, si kecil ini telah mengintai di bawah pintu sebelum memecahkan bahagian bawah pintu yang boleh dibuka lalu meloloskan diri untuk melihat ibunya. Spontan ibunya terkejut dan menjerit kepada bayinya ini yang agak nakal dengan berkata, “Keluar di sana! Masa aman ibu yang terakhir ini pun kamu mahu ganggu ya!”

Perkongsian gambar keletah bayinya ini bersama luahan rasa dengan melabelnya sebagai ‘lagu sedih ibu’ di Facebook telah mendapat perhatian netizen lain yang rata-rata terdiri daripada kalangan kaum ibu yang memiliki anak-anak nakal dan kreatif dengan ada antaranya pernah mengalami pengalaman yang sama.

Muat naik gambar di halaman Facebook itu telah tular dan menarik perhatian netizen dengan ramai yang memberi komen dan berasa lucu dengan gelagat nakal si kecil ini yang begitu kuat sehingga boleh memecahkan pintu tandas semata-mata untuk melihat ibu yang disayanginya.

Ada pula netizen yang berkongsi pengalaman dengan menulis, “Semasa saya sedang mandi, tiba-tiba muncul satu kepala.”

Seorang lagi netizen menulis, “Anak lelaki saya pula semasa sedang mandi dan memberus gigi, mesti menjenguk-jenguk saya di pintu bilik air.”

Sementara ada yang ketawa lucu sambil menulis, “Ini macam gaya hantu ‘zombie’ atau ‘Ju-On’.”

Sumber : TVBS News Network / Yahoo

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular