Di Jepun, ramai yang memelihara memerang sebagai haiwan peliharaan di rumah. Jadi, apa yang menariknya memelihara memerang sebagai haiwan peliharaan?

Seorang lelaki Jepun telah membuat satu akaun Instagram khas untuk memerangnya, kotaro_otter. Dia menggunakan akaun Instagram tersebut untuk berkongsi kepada orang ramai gelagat comel memerangnya yang diberi nama Kotaro.

Terdapat satu video yang dikongsi menunjukkan gelagat Kotaro yang sedang meminta ubi keledek yang sedang dimakan oleh tuannya.

Kotaro nampaknya dapat menghidu bau ubi keledek yang baru dibeli oleh tuannya. Kotaro bergegas lari ke tuannya untuk meminta sedikit ubi keledek tersebut. Pasti bau ubi keledek itu telah menarik perhatiannya.

“Apakah itu? Baunya seperti lazat.”

“Kongsikan sedikit bersama saya.”

Tuannya mencubit sedikit untuk diberikan kepada Kotaro. Wajahnya jelas terpancar bahawa tidak sabar untuk merasa ubi keledek tersebut.

Nampaknya, ia tidak cukup. Kotaro kelihatan seperti ‘merayu’ kepada tuannya untuk diberikan lagi secebis ubi keledek tersebut.

Kali ini tuannya memberikan cebisan ubi keledek yang lebih besar. Tetapi kali ini Kotaro menolak cebisan ubi keledek tersebut. Mungkin Kotaro hanya mahu bermain-main.

Tonton interaksi lucu dan comel Kotaro bersama tuannya itu dalam video di bawah:

KOTSUMET/Youtube

Untuk melihat gelagat comel Kotaro, lawati akaun Instagram Kotaro, kotaro_otter. Tuannya berkongsi banyak video keletah comel dan lucu Kotaro khas untuk peminatnya.

Sumber: kotaro_otter/InstagramKOTSUMET/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular