Baru-baru ini, tular di media sosial apabila video seorang pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak dirakam sedang mengajar sambil memakai kostum dari filem Maleficient.

sehabied/Twitter

Pensyarah berusia 34 tahun yang berkelulusan dari Universiti Malaya itu, Kamarul Ariffin Ahmad, dilaporkan telah mengajar bahasa Inggeris di UPSI sejak lima tahun yang lalu dan mempunyai pengalaman mengajar selama hampir sedekad.

sehabied/Twitter

Mengulas mengenai sebab memilih pakaian sebegitu ketika mengajar, Kamarul berkata,

“Pertama sekali, saya melakukannya untuk menarik perhatian pelajar saya. Saya suka apabila mereka turut serta bersama saya. “

“Apabila saya memainkan watak, mereka berasa kurang bimbang kerana saya bukan lagi ‘guru’ buat mereka lagi. Saya sudah menjadi orang lain.”

Facebook

Facebook

Selain itu, Kamarul turut berkongsi tentang kesulitan yang dihadapi oleh para guru ketika mengajar. Menurut Kampus UOLS, dia berkata, “Cabaran terbesar saya adalah untuk membuat pelajar saya lebih yakin bercakap dalam bahasa Inggeris. Saya mendapati bahawa teknik ini adalah yang paling sesuai kerana mereka berasa lebih selesa ketika saya berbuat demikian.”

Facebook

“Selepas setiap sesi berpakaian, mereka sering memanggil saya dengan nama watak yang saya mainkan. Kadang-kadang mereka memanggil saya sebagai Encik Gaga, Encik Maleficent atau Encik Cullen.”

“Saya hanya akan membalas kepada mereka jika mereka bercakap dengan saya dalam bahasa Inggeris. Itulah cara saya membina keyakinan mereka.”

Facebook

Selepas kisah mengenai teknik pengajarannya yang unik ini menjadi tular, Kamarul berkongsi bahawa dia tidak takut kepada kecaman atau komen yang mungkin dia terima.

Kamarul berkata bahawa dia berharap agar dapat menjadi inspirasi kepada guru-guru lain di seluruh Malaysia dan mereka akan mengambil inisiatif untuk berbuat lebih banyak untuk pelajar di kelas mereka.

Facebook

Facebook

“Jika kisah ini memberi motivasi kepada guru-guru lain untuk merancang gaya pengajaran mereka dengan lebih baik, saya lebih senang dengan kisah saya yang tersebar secara dalam talian,” katanya.

Sumber: Kampus UOLSWorld of Buzz, sehabied/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular