Filem animasi popular pasangan kembar Upin dan Ipin dengan terbitan terbaru ‘Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal’ bakal menembusi pasaran antarabangsa apabila negara Taiwan akan turut menayangkan filem animasi tersebut pada tahun ini. Manakala negara China telah menyatakan minat untuk menayangkan filem animasi dengan naskah terbaru ini.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Sdn Bhd, Burhanuddin Mohd Radzi berkata, beberapa negara lain seperti China, Vietnam, Indonesia menunjukkan minat dan mereka sedang mengadakan perbincangan dengan semua pengedar di negara tersebut yang memasuki peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

mStar

Menurut Burhanuddin, “Filem ini akan memasuki pasaran Taiwan dan tayangan perdananya akan diadakan tidak lama lagi. Begitu juga dengan China, Vietnam, Indonesia serta beberapa negara lain yang menunjukkan minat. Pihak kami sedang giat melakukan perbincangan akhir bagi mendapatkan tarikh dan jumlah panggung.”

Tayangan perdana filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal telah diadakan pada Selasa lalu dengan dihadiri Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik.

mStar

Filem animasi popular ini telah diarahkan oleh Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim dan Ahmad Razuri Roseli.

Sementara itu, Burhanuddin berkata, filem ini mengambil tempoh selama lima tahun untuk disiapkan dengan perbelanjaan kos sebanyak RM20 juta.

Menurutnya, tempoh yang lama diambil kerana ingin memastikan semua aspek dihasilkan dengan teliti agar produk terakhir akan dapat disajikan kepada para penonton dalam penyampaian terbaik.

mStar

Kata Burhanuddin, “Sepanjang tempoh itu, daripada kurang 50 kakitangan yang bertungkus lumus menyiapkan filem ini, ia kemudian bertambah kepada 140 orang. Ia adalah semata-mata bagi memastikan syarikat produksi kami dapat menyajikan produk terbaik.”

Tambahnya lagi, “Banyak juga babak dalam filem ini yang sudah disiapkan, tetapi terpaksa kami buat semula kerana tidak menepati piawaian selain banyak kajian yang terpaksa dilakukan ketika menghasilkan filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal.

mStar

Sementara itu, Dr. Mazlee Malik berkata, beliau begitu berbangga dengan usaha Les’ Copaque dalam menghasilkan filem itu termasuk mengangkat kisah dongeng popular dalam versi moden disamping turut sarat dengan nilai moral dan pengajaran kepada penonton.

Katanya, “Saya melihat filem ini bukan sahaja menghiburkan tetapi ia turut penuh dengan nilai-nilai murni yang dipersembahkan dengan jalan ceritanya yang turut memberi pendidikan kepada para penonton yang majoritinya adalah kanak-kanak.”

Sinchew Daily

Tabah Dr. Mazlee, “Ia merupakan satu usaha yang sangat baik yang telah dibuat oleh pihak produksi selain Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal boleh menjadi penanda aras kepada penggiat seni tempatan yang lain dalam menghasilkan sebuah filem animasi lebih bermutu dan berperingkat global.”

Filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal  bakal menemui peminat di pawagam seluruh negara bermula 21 Mac 2019.

Sumber : Sinchew Daily , mStar

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular