Jarang sesebuah filem mengangkat wanita sebagai seorang hero utama. Buat kali pertama dalam filem Captain Marvel, Marvel Studios mengetengahkan wanita sebagai hero utama.

Watak Carol Danvers yang dibawa oleh pelakon wanita popular, Brie Larson menguasai kuasanya ketika berhadapan dengan bangsa makhluk asing yang yang merupakan ‘shape-shifters’ dikenali sebagai Skrulls, telah menyusup Bumi.

Marvel.com

Filem ini bermula apabila Carol tersedar di planet yang ditadbir oleh Bangsa Kree, menyaksikan sendiri bagaimana Carol sendiri berkhidmat sebagai Starforce  untuk misi-misi menyelamatkan dari puak Skrull.

Dia menghadapi misteri dalam mengetahui siapa dia sebenarnya dan mencari jawapan mengapa dia dianugerahkan dengan kuasa yang begitu hebat itu.

Seperti kebanyakan filem Marvel, Captain Marvel adalah gabungan karya watak yang hebat dan sensasi. Apa yang menariknya tentang Captain Marvel ini berbanding adiwira wanita lain contohnya adalah kerana diselitkan unsur humor dan selamba yang ditonjolkan oleh bekas Pelakon Wanita Terbaik anugerah Oscar 2016 ini.

Filem Captain Marvel kali ini lebih menumpukan kepada kewujudan Carol Danver dan kebangkitan seorang wanita dalam menghadapi kegagalan demi kegagalan.

Kekuatan maksimum Carol dikatakan dapat mengalahkan Hulk dan Thor sekaligus serta baki tenaganya dapat membuatkan Thanos menyesal bertarung dengannya. Selain itu, menurut Brie Larson, Carol Danvers dapat mengalahkan Superman dalam pertempuran.

Pelakon pembantu, seperti yang anda harapkan dari filem Marvel, juga hebat, tetapi pujian tertentu harus diberi kepada Ben Mendelsohn yang memainkan watak Talos – pemimpin Skrulls.

Marvel.com

Talos mungkin akan menjadi antagonis Marvel kegemaran anda jika anda menyukai watak Loki.

Filem ini juga menceritakan babak-babak awal penubuhan The Avengers. Selain itu, melalui filem ini, anda juga dapat tonton gelagat Agen Nick Fury dan Agen Phil Coulson sewaktu muda dan pertama kali mereka bergandingan.

Filem Captain Marvel sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia. Jadi, bolehlah anda berkunjung ke pawagam berhampiran untuk melihat dengan sendiri kekuatan luar biasa dan hebat Captain Marvel Carol Danvers.

Sebelum itu, mari menonton treler filem Captain Marvel yang pasti akan mengujakan anda:

Marvel Entertainment | YouTube

Sumber: Unilad.co

Maybe you're interested :

Share

Video Popular