Seorang wanita telah menceritakan bagaimana klip makanan dapat mengurangkan kesakitan migrain yang dialaminya selama 12 jam.

Elizabeth Hayes yang merupakan pemilik perniagaan bebas gluten dari Indiana, menarik perhatian pengguna Facebook minggu ini dengan mendedahkan bagaimana dia merawat kesakitan sakit kepalanya.

Menggambarkan bagaimana kesakitan itu mencapai ‘tahap yang tidak dapat ditanggung’ dan ubat tahan sakit tidak dapat mengurangkan kesakitan itu, Elizabeth melihat alat melegakan sakit semula jadi Aculief, yang menggunakan klip untuk merangsang titik tekanan L.I 4 di tangan.

Elizabeth mengambil inspirasi dari penemuan itu dan mendapati klip makanan di dapurnya, kepitkannya di antara ibu jari dan jari telunjuknya.

Dengan merasakan bahawa ‘klip makanan itu telah menyelamatkan nyawanya’ dengan mengurangkan kesakitannya dalam masa 20 minit, Elizabeth berkongsi tips tersebut ke laman Facebooknya di mana ia cepat menjadi tular mendapat hampir 600,000 likes dan shares.

 

Elizabeth Hayes/Facebook

Elizabeth memuat naik gambar bagaimana dia meletakkan alat itu ke tangannya, dia menulis: ‘Klip makanan ini telah menyelamatkan nyawa saya malam ini.

‘Saya mempunyai migrain hampir dua belas jam yang lalu dan kira-kira satu jam yang lalu ia berada pada tahap yang tidak dapat ditanggung.

‘Saya telah menghabiskan semua ubat dan trik yang biasanya saya gunakan untuk mengurangkan sakit migrain saya. Saya menggunakan carian di Google untuk melegakan migrain dengan cepat dan ia membawa saya kepada sesuatu yang dipanggil Aculief.

‘Saya mencari di dapur dan melihat klip makanan ini, mengandaikan ia akan memberi kesan yang sama. Dalam masa dua puluh minit kesakitan saya berkurangan!

‘Saya memutuskan untuk membeli alat yang sebenar dari Amazon. Hanya mahu berkongsi dengan semua orang, kerana saya tahu ramai di antara kamu menderita sakit migrain juga. ‘

Aculief

Akutekanan dan akupunktur mempunyai peranan yang sama dan bertindak tanpa mempunyai faktor yang memudaratkan. Akupunktur memerlukan jarum, manakala akutekanan hanya menggunakan jari dengan memberikan tekanan sederhana ke sesetengah tempat.

Pendekatan yang telah lama digunakan dalam perubatan Cina tradisional, akutekanan mengikuti prinsip bahawa titik tertentu pada badan disambungkan kepada organ.

Pandangan Cina tradisional ialah tenaga – atau ‘Qi’ – mengalir terus melalui 12 saluran utama, yang dipanggil meridian, di dalam badan dan jika aliran terganggu, ia boleh menyebabkan penyakit yang tidak baik. Memasukkan jarum kecil atau memanipulasi mereka di ‘titik pencetus’ akan mengembalikan aliran tenaga.

Kesakitan migrain:

Menurut MyHealth migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka.

Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka.

Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.

Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :

  1. Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.
  2. Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.

Migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus :

  • Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
  • Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
  • Psikologi:Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)
  • Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
  • Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid

Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.

Baca selebihnya mengenai migrain di MyHealth.

Sumber: Daily MailElizabeth Hayes/Facebook

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular