Baru-baru ini, menurut seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nur Aqeela, dia telah menceritakan peristiwa bagaimana dia telah ‘dihadiahkan’ dengan sejumlah wang bernilai RM150 yang diletakkan pada cermin hadapan keretanya oleh individu yang tidak dikenali.

Facebook

Bersama-sama dengan duit tersebut turut dikepilkan bersama sekeping surat daripada individu berkenaan yang menyatakan hasratnya menyumbang wang itu bagi membolehkan Nur Aqeela membayar cukai jalan keretanya yang telah tamat tempoh.

Dalam perkongsian terbabit, Aqeela menceritakan bahawa cukai jalan bagi kenderaannya telah tamat tempoh pada 19 Januari yang lalu. Oleh demikian, dia tidak menggunakan keretanya sehinggalah keretanya itu mula mengalami masalah sukar untuk dihidupkan.

“Kereta Satria saya ini sebenarnya agak jarang saya naik sebab kereta dah rosak.”

Facebook

Selepas itu, seperti biasa Aqeela akan menunggang motosikal bersama rakannya untuk pergi ke tempat kerja. Sehinggalah pada suatu hari apabila pulang dari tempat kerja, Aqeela dikatakan mahu menghidupkan enjin kereta lalu menyedari ada ‘longgokan sampah’ di cermin hadapan.

“Petang tadi (4 Mac) dalam pukul 7, saya pulang dari tempat kerja dan pergi ke kereta. Seperti biasa niat saya untuk panaskan enjin. Tapi saya perasan ada sampah diselitkan pada cermin kereta.”

Ketika dia cuba membersihkan sampah-sampah itu, Aqeela telah melihat sekeping sampul berwarna merah jambu telah diselitkan bersama. Rakan Aqeela yang membuka sampul berkenaan dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat tiga helai wang kertas bernilai RM50 telah dimasukkan ke dalam sampul tersebut bersama-sama dengan sepucuk surat.

“Saya minta kawan bukakan surat itu kerana berasa takut. Apabila kertas itu dibuka, saya terus ternampak duit RM50 yang dilipat. Berdebar dan saya hampir mengalirkan air mata. Saya baca nota yang dia tinggalkan. Tidak tahu berapa hari duit dan surat itu telah diletakkan pada kereta saya kerana saya perasan duit itu ada kesan basah mungkin terkena hujan.”

Facebook

Bertuah sungguh Aqeela!

Insiden ini benar-benar mengejutkan Aqeela yang langsung tidak menyangka masih wujud insan sebaik itu di dunia ini. Justeru, bagi membalas budi baik insan tidak dikenali itu, Aqeela turut menulis surat untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.

“Kepada awak yang misteri, saya doakan awak dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan. Saya tinggalkan nombor telefon seandainya dia datang kembali ke kereta saya. Tolong hubungi saya. Saya sangat ingin tahu siapakah awak.”

Facebook

Kepada individu yang begitu pemurah ini, semoga anda dan rakan-rakan yang turut menyumbang akan memperoleh rezeki dan keberkatan hidup di dunia ini. Terima kasih kerana membuktikan masih terdapat manusia baik di dunia yang semakin kejam ini.

Pihak ERA BARU telah menghubungi sendiri Aqeela bagi memohon kebenaran daripadanya untuk mengongsikan kisah ini.

“Tolong saya untuk kongsikan ini ya supaya pemberi duit itu dapat baca. Saya nak sampaikan salam terima kasih sangat-sangat kepada pemberi itu…”

Marilah kita beramai-ramai mendoakan agar Aqeela dapat menemui insan misteri yang baik hati itu…

Sumber: Nur Aqeela Yang Tabah/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular