THAILAND – Seorang tauke menjual durian, Anont Rotthong, yang sebelum ini mahu mencari bakal menantu untuk dikahwinkan dengan anaknya, membuat keputusan untuk membatalkan niatnya itu selepas dua hari membuka permohanan kepada orang ramai, di mana dia menawarkan hadiah yang cukup lumayan buat sesiapa yang mahu menjadi menantunya.

9GAG

Lelaki berkenaan difahamkan telah menawarkan hadiah bernilai 10 juta Thai Baht (RM1.2 juta) yang merangkumi wang tunai, kereta dan kebun durian kepada mana-mana lelaki yang berjaya menambat hati anaknya.

Apa yang penting adalah bakal menantunya itu mesti mengetahui cara untuk membeli dan memilih buah durian. Bapa berkenaan merupakan seorang peniaga di dua buah pasar di Chumphon, Selatan Thai.

Boleh kini

Bagi membuktikan kebolehannya, calon bakal menantunya perlu terlibat dalam ujian berupa pertandingan yang diadakan selama 3 bulan di salah satu kebunnya.

Namun, setelah dua hari pengumuman mencari menantu yang dibuat olehnya, dia kemudian menyatakan bahawa dia tidak akan melayan lagi sebarang permohonan.

Hal ini kerana, sejak pengumuman berkenaan tular, dia menerima lebih daripada 10,000 permohonan daripada calon menantu yang mahu berkahwin dengan anaknya yang berusia 26 tahun.

Sejak pengumuman dibuat Anont menjadi tular dan tersebar ke seluruh dunia, telefonnya tidak berhenti berdering. “Kepada lelaki yang berminat, berhenti telefon saya! Saya letih dengan dengan panggilan telefon yang tidak henti-henti. Beri saya ruang untuk berehat,” tulis bapa berusia 58 tahun itu, sambil menambah bahawa apa  yang dirancangnya itu juga turut dibatalkan.

Sumber: Astro Awani, Channel Newsasia

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GAYA HIDUP

Video Popular