Hidup penuh dengan cabaran dan pancaroba. Ada yang bernasib baik dan mampu hidup dalam keadaan yang selesa manakala ada juga yang mengalami kesukaran dalam kehidupan.

Oleh kerana itulah, kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita nikmati pada hari ini kerana mungkin orang lain tidak begitu bernasib baik seperti kita. Jika kita fikir kita sudah susah, masih ada lagi orang lain di luar sana yang lebih susah daripada kita.

Seperti seorang lelaki warga Filipina bernama Allan Aguilar ini, di mana kisahnya telah dikongsi oleh pengguna Facebook, Lodalina Tomon. Allan dilahirkan dalam keluarga miskin di Mindanao, salah satu daripada tiga kepulauan di Filipina.

Allan hanya mampu menuntut ilmu sehingga Tahap 1 sahaja dan kemudian berhenti sekolah agar dapat membantu bapanya mengutip bahan perabot seperti rotan di hutan berdekatan dengan rumah mereka.

 Allan yang merupakan simbol pengharapan

Lodalina Tomon|Facebook

Ketika dia pergi ke hutan untuk mencari rotan, Allan yang muda pada ketika itu terlibat dalam kejadian tidak diingini di mana ia menjejaskan kaki kanannya.

Kedua orang tuanya mula berasa putus harapan kerana mereka tidak mempunyai sejumlah wang untuk membolehkan Allan menerima rawatan yang lebih baik. Hal ini menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong.

Walaupun kehilangan sebelah kakinya, Allan masih cekal dan terus berusaha. Keadaannya menyebabkan ramai orang berasa simpati selain mengagumi semangat kentalnya itu. Namun, malang untuk Allan apabila abang iparnya dikhabarkan suka membulinya.

Dia sememangnya dikenali oleh orang kampung ekoran etika kerjanya yang bagus

Lodalina Tomon|Facebook

Risau dengan keadaan Allan, salah seorang makciknya memutuskan untuk membawa Allan ke bandar Sogod, Selatan Leyte, di Visayas.

Allan difahamkan menetap di sebuah kampung di Macibay tahun dan dia kini menyara kehidupan dengan menjual produk-produk pertanian. Setiap hari, Allan akan membawa pisang seberat 50 kilogram dan produk-produk lain ke pekan, sejauh 2 kilometer!

Berikut merupakan rakaman Allan membawa beban berat sambil berjalan

Lodalina Tomon/Facebook

Perjalanan sejauh itu dengan beban berat yang dipikul sudah pasti memenatkan, bukan sahaja untuk dirinya yang kelainan upaya tersebut, bahkan untuk orang normal yang sihat tubuh badan juga pasti mengeluh jika disuruh kerja sedemikian.

Ternyata rutin harian Allan sungguh mencabar. Kisah Allan menjadi tular dan orang ramai mendoakan agar satu hari nanti Allan akan dapat kaki prostetik (palsu). Semoga Allan terus cekal dan sihat untuk hari-hari mendatang.

Sumber: Elite Readers, Lodalina Tomon/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular