Mengikuti jejak langkah pawagam TGV dan MBO, kini syarikat Golden Screen Cinemas (GSC) juga turut melancarkan ruang terbaru untuk menonton wayang yang mesra keluarga dan kanak-kanak!

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, konsep untuk mencipta suasana mesra keluarga dan kanak-kanak ini mula mendapat perhatian di Malaysia. Tujuannya adalah bagi membolehkan para ibu bapa membawa anak kecil masing-masing untuk menonton wayang tanpa perlu merasa bimbang anak-anak mereka akan menganggu ketenteraman penonton lain.

GSCinemas Facebook

TGV merupakan rangkaian wayang pertama di Malaysia yang memperkenalkan konsep Family Friendly Sessions pada tahun 2015 diikuti dengan MBO Kecil oleh syarikat MBO pada tahun 2017.

GSCinemas Facebook

Kebiasaannya, aktiviti menonton wayang sering dilakukan oleh pasangan bercinta. Namun, setelah berkahwin dan dikurniakan anak, aktiviti ini seolah-olah dilupakan kerana bimbang sekiranya anak kecil akan merengek, menjerit-jerit dan tidak mampu dikawal oleh ibu bapa sekali gus merosakkan suasana untuk menonton wayang.

GSCinemas Facebook

Jadi, GSC telah menyediakan ruangan PlayPlus yang sudah tentu membuatkan para ibu bapa tidak lagi risau untuk menonton wayang bersama.

GSCinemas Facebook

Ruangan mesra kanak-kanak ini turut mempamerkan tempat duduk yang berwarna terang dan selesa bagi menggalakkan penonton mampu menikmati wayang seperti berada di rumah sendiri!

GSCinemas Facebook

Bukan sahaja itu, pihak GSC turut menyediakan ruang yang luas bagi membolehkan anak-anak bergerak secara bebas di dalam ruangan berkenaan. Malah, terdapat juga taman permainan mini dan gelongsor gergasi sebagai hiburan kanak-kanak.

GSCinemas Facebook

Jika anda hadir awal sebelum waktu tayangan dimulakan, anda boleh membawa anak-anak ke lobi PlayPlus sementara menunggu.

GSCinemas Facebook

GSCinemas Facebook

Namun begitu, kemudahan ini hanya boleh didapati di GSC IOI, Puchong sahaja. Apa-apa pun, ia merupakan satu usaha yang baik oleh pihak GSC demi membolehkan seisi keluarga mampu meluang masa berkualiti bersama.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular