Majoriti rakyat Malaysia dan juga di seluruh dunia pasti tahu apa itu Samyang. Mi segera dari Korea Selatan yang padat dengan rasa pedas hingga pastinya membuatkan anda meleleh air mata!

Meskipun ia begitu pedas, rasa Samyang ini sungguh memukau sehingga membuatkan anda tidak jemu-jemu untuk menikmatinya selalu.

Terbaru yang kini menjadi satu trend di Malaysia adalah sebuah lagi mi segera yang dikatakan sebagai mi segera paling pedas di Malaysia!

Twitter

Memperkenalkan mi segera Ayam Pedas Ghost Pepper keluaran Daebak Noodle yang disajikan di dalam cawan. Menurut World of Buzz, Daebak Noodle merupakan produk oleh jenama tempatan iaitu Mamee.

Ramai yang tertanya-tanya tahap kepedasan mi segera ini yang dikhabarkan mampu membuatkan ramai lelaki gagah di luar sana menangis tersedu-sedu! Untuk itu, kami akan menunjukkan kepada anda perbandingan tahap kepedasan di antara cili padi dengan ghost pepper ini.

Twitter

Skala Scoville digunakan bagi mengukur tahap kepedasan cili atau sesuatu makanan yang pedas dan diukur mengikut unit Scoville Heat (SHU). Berdasarkan kepada skala berkenaan, cili padi berada di kedudukan 50,000 ke 100,000 manakala ghost pepper atau Lada Hantu ini pula berada di kedudukan tertinggi iaitu 1,000,000!

Perbandingan ini sekali gus membuktikan bahawa tahap kepedasan cili padi itu adalah tiada tandingannya dengan Lada Hantu. Wah! Kita makan sambal belacan pun dah berair air mata…

Selain daripada fakta tahap kepedasan yang menakutkan ini, warna kehitaman pada mi segera berkenaan turut membuatkan majoriti penggemar Samyang teruja untuk mencuba tetapi tetap berasa gementar pada masa yang sama.

Twitter

Segelintir netizen yang telah merasai pengalaman menikmati mi segera ini turut mengongsikan pengalaman dahsyat mereka.

“Lagi pedas dari Samyang Ayam Pedas 2x Pedas. Kepala saya hampir meletup apabila makan.”

Bagi anda yang teringin untuk menikmati pengalaman kepedasan mi segera Ghost Pepper yang sedang hangat diperkatakan ini, segera dapatkannya di semua cawangan 7-Eleven seluruh Malaysia pada harga RM5.80 sahaja!

Ingat, tawaran adalah terhad sehingga bulan Mei ini sahaja jadi jangan lepaskan peluang anda!

Sumber: Atuk Rid/Twitter, ASH(Foodhunters)/Twitter, World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP HIBURAN

Video Popular