Kerajaan telah melancarkan Panduan Belanjawanku yang dikatakan dapat membantu rakyat dalam memahami secara lebih mendalam mengenai corak perbelanjaan dan penggunaan isi rumah.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, panduan itu diyakini mampu meningkatkan tahap kecelikan kewangan dan kemahiran pengurusan kewangan peribadi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Twitter @MOFmalaysia

Hal ini demikian kerana majoriti rakyat Malaysia mempunyai kadar kecelikan kewangan yang rendah dan hal ini merupakan salah satu sebab berlakunya masalah kebankrapan dan tahap keberhutangan yang tinggi khususnya dalam kalangan belia.

“Sejak tahun 2013 hingga 2017, seramai 100,610 rakyat Malaysia diisytiharkan muflis dan 60% daripada mereka berusia antara 18 hingga 44 tahun. Belanjawanku ini boleh membantu kita memahami kuasa membeli serta pemarkahan kredit peribadi dengan mendalam. Bagi pembuat dasar pula, ia boleh dijadikan panduan untuk mengkaji garis kemiskinan sambil mereka mekanisme bantuan pendapatan bagi membantu golongan yang memerlukan.”

Buku Panduan Belanjawanku yang dilancarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya turut menyatakan jumlah perbelanjaan bulanan yang harus diikuti oleh rakyat demi kehidupan yang lebih selesa.

 

 

 

Malaysiakini

Bagi golongan bujang yang menggunakan pengangkutan awam dan menetap di sekitar Lembah Klang, jumlah minima yang harus dibelanjakan setiap bulan adalah RM1,870 manakala bujang yang memiliki kenderaan sendiri pula perlu berbelanja sekitar RM2,490 sebulan.

Anggaran perbelanjaan ini meliputi makanan, rumah, kesihatan, pengangkutan, bil utiliti, simpanan, penjagaan diri, belanja tahunan, aktiviti sosial dan juga penjagaan kanak-kanak bagi pasangan berkahwin.

 

Malaysiakini

Berikut merupakan amaun minima yang diperlukan bagi kategori isi rumah yang lain:

  • Pasangan berkahwin (tanpa anak) – RM4,420
  • Pasangan berkahwin (seorang anak) – RM5,730
  • Pasangan berkahwin (dua orang anak) – RM6,620
  • Warga emas – RM3,090

Perkara ini menimbulkan persoalan dalam kalangan pakar ekonomi dan juga rakyat yang menyatakan kadar RM1,870 sebulan untuk individu bujang adalah satu jumlah yang tidak wajar sebaliknya ia seharuslah diletakkan di antara RM2,300 dan RM2,500.

Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali menegaskan bahawa seseorang membelanjakan 65% daripada jumlah pendapatannya untuk makanan, pengangkutan dan penginapan. Seandainya individu itu memperoleh RM1,870 sebulan, ini bermakna individu itu perlu membelanjakan sekitar RM1,200 dan jumlah ini tidak mencukupi.

 

 

Taste of Home

Sementara itu, Prof Dr Barjoyai Bardai pula menyatakan RM1,870 sebulan mungkin mencukupi bagi mereka yang tinggal di luar kawasan Lembah Klang.

Sumber: Harian MetroThe Sun Daily

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular