Baru-baru ini satu gambar bayi yang baru sahaja dilahirkan menarik baju doktor dan tidak mahu melepaskannya sambil menangis telah menjadi tular di media sosial.

Bayi yang baru beberapa saat dilahirkan dilihat menarik baju doktor dengan tangan kecilnya dan menangis pada masa yang sama.

Gambar yang luar biasa dan jarang berlaku tersebut telah menarik tumpuan orang ramai yang melihatnya.

Menurut laporan media, kejadian tersebut berlaku di Hospital Antarabangsa Phuong Chau di Vietnam. Doktor lelaki tersebut baru sahaja selesai menyambut kelahiran bayi tersebut dan mahu meninggalkan bilik itu.

Tetapi bayi lelaki tersebut yang baru sahaja diletakkan di atas penimbang untuk direkod beratnya telah memegang dan menarik tali pada baju doktor lelaki itu dengan tangan kanan, membuatkan doktor itu tidak dapat pergi meninggalkan bilik berkenaan.

Walaupun doktor itu memakai topeng muka, tetapi jelas terpancar senyuman terukir di wajahnya di sebalik topeng tersebut. Pada hari yang sama, hospital itu berkongsi detik indah ini di halaman Facebook rasminya.

Sumber: Happy Share

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular