Penyakit ekzema bukanlah penyakit yang jarang dihidapi oleh kanak-kanak. Penyakit ini boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor seperti persekitaran yang berhabuk, kuman dari haiwan peliharaan, pemakanan yang diambil dan sebagainya.

Ternyata, penyakit ini boleh terdedah kepada kanak-kanak biarpun mereka hanya duduk di dalam rumah sahaja.

NewzMagazine

Apabila kanak-kanak mempunyai penyakit ekzema, maka mereka memerlukan penjagaan kulit yang lebih rapi kerana keadaan kulit yang sensitif. Justeru, anda boleh cuba 8 rutin harian ini untuk melegakan kegatalan dan bintik-bintik merah pada kulit kanak-kanak.

1. Mandi tidak lebih dari satu kali sehari dan tidak lebih dari 10 minit setiap sesi

AsianParentSingapore

Kulit yang sudah mengidap ekzema tidak seharusnya terdedah kepada air dalam masa yang lama. Tambahan lagi apabila kulit didedahkan kepada air suam, kulit tersebut akan cenderung menjadi kering. Hal ini seterusnya akan menyebabkan kulit menjadi gatal, kering dan kemudian menggelupas.

Sebaliknya, sapukan losyen, krim atau gel serta-merta supaya kulit dilindungi, lembap dan tidak gatal.

2. Bekalkan snek dan makanan anak-anak jika mereka dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak

BBCNews

Bekalkan snek dan makanan sendiri untuk anak-anak yang dihantar ke mana-mana pusat jagaan kanak-kanak. Hal ini adalah kerana makanan yang dibekalkan sendiri oleh ibu bapa adalah lebih terjamin kebersihannya.

Tidak salah untuk cuba melindungi anak-anak kita sendiri.

3. Bekalkan pembersih dan pelembap tangan untuk anak-anak yang dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak

TheScientificParent

Jika anak anda mengidap ekzema dan terpaksa dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak, maka sebaik-baiknya anda bersiap sedia untuk membekalkan pembersih dan pelembap tangan khas untuk anak anda. Bekalan ini penting agar kulit anak anda kekal lembap dan terjaga rapi.

4. Sapukan losyen pelembap sebanyak 2 hingga 3 kali sehari

Rilitas

Disebabkan oleh kulit sensitif pada kanak-kanak yang mengidap ekzema, maka kulit mereka perlu kerap disapukan losyen pelembap agar keadaan kulit sentiasa lembab. Sapukan losyen pada kulit mereka antara 2 hingga 3 kali sehari.

5. Cuba elak penggunaan sabun

MomJunction

Pemilihan sabun yang sesuai sangat penting untuk kulit sensitif. Oleh itu, gunakan sabun dengan pH yang seimbang dan sabun yang mengandungi bahan yang mampu menyingkirkan minyak semulajadi dari kulit.

6. Pastikan kuku kanak-kanak sentiasa pendek

Factoriescart

Disebabkan rasa gatal yang berpunca dari ekzema, kanak-kanak cenderung untuk menggaru kulit mereka. Hal ini seterusnya akan memudaratkan lagi ekzema yang dihidapi kerana kuman-kuman yang terdapat pada kuku itu akan berpindah ke kulit yang gatal itu. Oleh itu, sentiasa pastikan kuku kanak-kanak sentiasa pendek dan rapi.

Bagi bayi yang mempunyai masalah ekzema pula, pakaikan sarung tangan kapas pada tangan mereka bagi mengelakkan mereka menggaru kawasan yang terlibat.

7. Jauhkan haiwan peliharaan daripada kanak-kanak buat sementara waktu

DailyRakyat

Sebagaimana yang kita sedia maklum, walau sehabis baikpun kita menjaga kebersihan haiwan peliharaan, namun hakikatnya mereka tetap mempunyai kuman dan bakteria pada tubuh mereka kerana pergerakan mereka ke merata tempat.

Sebaiknya, jauhkan haiwan peliharaan dari kanak-kanak buat sementara waktu bagi mengelakkan kuman dan bakteria terus merebak.

8. Sapu sampah dan sedut habuk secara kerap

StoryBlock

Kanak-kanak dengan penyakit ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif, bahkan dengan habuk sekalipun. Oleh itu, adalah lebih baik andai kawasan rumah selalu disapu dan disebut habuknya agar kawasan rumah sentiasa dalam keadaan yang bersih.

Selain itu, anda juga boleh cuba menggunakan cecair yang mampu membunuh 99.9% kuman di seluruh kawasan rumah anda.

Sumber:  DailyRakyat

Maybe you're interested :

Share

Video Popular