Dari saat bayi dilahirkan, setiap deria mereka – pendengaran, penglihatan, sentuhan, menghidu, semuanya berfungsi untuk memberitahu kita akan apa yang berlaku kepada mereka dan apa yang mereka rasakan. Mereka memang tidak boleh berbicara tetapi sebenarnya mereka cuba memberitahu apa yang dirasai mereka dengan cara dan tindakan kecil mereka.

Memang tidak semua ibu bapa faham akan apa yang cuba disampaikan oleh bayi mereka. Namun usah bimbang, berikut adalah 7 petunjuk yang ditunjukkan oleh bayi kecil untuk memberitahu kita sesuatu. Mari pelajari dan fahaminya.

#1 Badan melengkung ke belakang

Apabila bayi anda melengkung ke belakang, itu mungkin reaksi terhadap kesakitan atau pedih ulu hati yang mereka alami.

Sekiranya bayi anda berbuat demikian ketika sedang makan ini bermakna mereka sudah tidak mahu makan lagi. keadaan ini juga memberitahu bahawa si kecil anda mengalami ‘colic’ atau menderita gangguan penghadaman seperti GERD atau asid refluks.

Alasan lain yang biasa membuatkan mereka berkelakuan seperti ini ialah kerana mereka mungkin kecewa, marah atau letih. Sekiranya mereka menangis berterusan, berundinglah dengan pakar kanak-kanak dengan segera.

#2 Berterusan melakukan tendangan

Claire McCarthy, M.D., penolong profesor pakar kanak-kanak di Sekolah Perubatan Harvard di Children’s Hospital Boston, berkata:

“Jika dia nampak gembira dan tersenyum, ia mungkin tanda bahawa dia mahu bermain.”

Tetapi jika bayi nampak dalam keadaan tidak selesa, ada kemungkinan besar ada sesuatu yang mengganggu mereka seperti lampin yang kotor atau tidak selesa kerana tempat duduk yang sempit. Jadi, tukar lampin si kecil dan alihkannya ke kerusi yang lebih luas dan selesa.

#3 Menganggukkan kepala

Catherine Nelson, M.D., pakar pakar kanak-kanak di Pusat Perubatan Santa Clara Valley di San Jose, California, berkata:

“Bayi mencari gerakan dan irama adalah sesuatu yang menenangkan.”

Walau bagaimanapun, tabiat ini adakalanya memberitahu sesuatu yang lebih daripada itu. Menurut Dr. Brown jika bayi menunjukkan pergerakan seperti ini dalam jangka masa yang lama tanpa bermain dengan orang lain mereka perlu dibawa berjumpa doktor segera.

Kebanyakan kanak-kanak berhenti melakukan pergerakan ini ketika mereka mencecah usia tiga tahun.

#4 Menarik telinga

Jika si kecil anda menarik telinga mereka tidak bermakna mereka mempunyai jangkitan telinga atau apa-apa yang berkaitan dengannya.

Dr. Nelson berkata, “Ramai ibu bapa membuat kesimpulan bahawa jika anak mereka melakukan seperti itu mereka mungkin mengalami jangkitan, tetapi sebenarnya mereka baru sedar bahawa mereka mempunyai telinga.”

Dr Brown juga berkongsi bahawa bayi yang menarik telinga mereka mungkin juga bermakna gigi mereka sedang tumbuh, terutamanya ketika mereka baru masuk ke usia setahun.

#5 Menggengam tangan

Jika bayi anda berkelakuan seperti ini ia bermakna mereka mungkin dalam keadaan sangat lapar. Sekiranya anda melihat bayi anda berbuat demikian, walaupun mereka tidak menangis, beri mereka makan dengan segera.

Michelle Long, jururawat bayi yang disahkan di New York City, berkata, “Saya dapati bahawa apabila bayi sangat lapar, mereka mudah untuk berasa tegang.”

#6 Badan melengkung seperti ‘Scrunched-Up’

Tanda bayi melipat lutut mereka ke arah perutnya bermakna mereka mempunyai masalah penghadaman seperti masalah sembelit atau ketidakselesaan perut.

Dr. Nelson berkata, “Kedudukan ini biasanya merupakan tanda ketidakselesaan perut, sama ada akibat angin, pergerakan usus atau mungkin sembelit.”

Cuba ringankan kesakitan mereka dengan membantu mereka membongkok dengan perlahan dan menepuk perlahan-lahan belakang mereka. Sekiranya mereka masih berkelakuan seperti ini, rujuk pakar pakar kanak-kanak.

#7 ‘Arm jerks’

Jika bayi kecil menunjukkan isyarat seperti ini ia bermakna bayi anda mungkin terkejut dengan bunyi bising, cahaya terang atau pergerakan yang secara tiba-tiba. Untuk mengelakkan perkara ini, cuba elakkan bunyi bising atau balut tubuh mereka dengan selimut atau kain ketika hendak menidurkan mereka.

Sumber: ELITE READERS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular