Perjalanan boleh dianggap makanan untuk jiwa dan menyusuri jalan-jalan indah adalah pengalaman terbaik yang sepatutnya dialami oleh setiap orang. Ia membolehkan anda menikmati sesuatu tempat itu dengan caranya yang tersendiri, merasai saat-saat dan merakamnya menurut kehendak anda. Walaupun terdapat banyak jalan raya dengan laluan yang unik di dunia, terdapat beberapa jalan raya mempunyai “sesuatu yang agak istimewa” mengenainya, sama ada landskap, lengkungan, selekoh giliran, atau hanya dengan kepelbagaian laluannya.

Berikut adalah kompilasi 15 jalan raya menakjubkan yang akan membuat anda seperti mahu melakukan perjalanan melaluinya, dan ia pasti akan memberi pengalaman seumur hidup.

1. Jalan ke Pantai Merah, China

 

View this post on Instagram

 

🚀 Been cruising around China for a few days now and the first stop was the worlds largest wetland and reed marsh 🇨🇳 China is a country that has only in the past year or so become a destination on my radar, and so far it hasn’t disappointed at all – except for the weather today 😂 …➿… I would have to say it’s the most unique culture I’ve experienced only because it seems so holistic, and essentially followed by everyone! Also the culture is apparent in all aspects of the locals every day life – very different from western (and smaller) countries 🧐 …➿… Excited to keep exploring and have a pretty crazy upcoming schedule! 🙏🏼 stay tuned!

A post shared by Jonas Hornehøj (@thefreedomcomplex) on

thefreedomcomplex/Instagram

Terletak di Panjin di wilayah Liaoning, China, jalan ini membawa anda menyusuri pantai, yang sebenarnya bukan pantai. Ia sebenarnya adalah tanah paya berair terbesar di dunia di mana airnya dilitupi dengan lumut. Apabila tiba musim luruh, lumut di kawasan ini berubah menjadi warna merah jambu yang menenangkan dan menonjolkan warna yang amat berbeza dengan padang kuning di sebelahnya. Membahagikan 2 bahagian jalan panjang dengan sempadan hijau. Satu pemandangan yang menakjubkan.

2. Lebuhraya Nasional 22, India

Civil Engineering Discoveries/flickr

Terletak di Himachal Pradesh, India dengan pemandangan pergunungan yang sangat indah. Merasakan gunung itu ditutup di atas anda ketika memandu di salah satu jalan yang paling berbahaya di dunia. Dengan beberapa selekoh yang tidak dapat diramalkan, ia memberikan sedikit pengembaraan yang nyata dan jalan berlengkung meningkatkan tahap adrenalin anda. Anda akan melihat 2 kenderaan yang saling berselisih, sementara hanya terdapat ruang kecil yang cukup untuk satu. Sambil menikmati pemandangan gunung-ganang yang tersergam megah apabila anda memandu melalui salah satu jalan gunung tersibuk di India. Bertahan dengan kekuatan mental dan fizikal anda, ini mungkin menjadi satu perjalanan yang hebat!

3. Stelvio Pass, Itali

dailyoverview/Instagram

Dengan ketinggian 9,045 kaki, Stelvio Pass adalah jalan raya berturap tertinggi di Alps Timur. Terkenal dengan perlumbaan berbasikal Giro d’Italia, jalannya hanya dibuka dan dilalui semasa musim panas. Lupakan untuk memandu kereta dan buat pilihan untuk menunggang basikal. Perasaan menikmati angin Itali yang menghembus rambut anda ketika menyusuri salah satu jalan terbaik di dunia yang tidak ternilai pengalamannya.

4. Jalan Lautan Atlantik, Norway

Giogio Ghezzi/flickr

Di anugerahkan sebagai Pembinaan Sepanjang Abad pada tahun 2005, ia adalah salah satu jalan yang paling mempesona dan mendebarkan di dunia. Dengan Lautan Atlantik yang hebat sebagai latar belakang indah, lebuhraya ini menghubungkan Pulau Averøy dengan tanah besar yang melalui satu siri 8 pulau kecil, menawarkan beberapa landskap pantai hijau yang subur dalam perjalanan. Perjalanan ini berbeza-beza setiap kali anda melakukan pengembaraan, bergantung kepada apa yang ditawarkan oleh lautan dan alam sekitarnya.

5. Jambatan Seven Mile, Amerika Syarikat

Tinsley Advertising / Wikimedia Commons

Selalunya dipanggil “The Doorway to the Keys”, jambatan ini menghubungkan Middle Keys hingga ke Lower Keys di Florida, Amerika Syarikat. Jambatan ini adalah sebahagian daripada Lebuhraya Overseas yang terkenal atau US Route 1. Merupakan salah satu lebuhraya yang mesti anda lalui sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Seluruh lebuhraya mempunyai pandangan harmoni dan indah dari Lautan Atlantik dan Teluk Mexico yang menawarkan landskap pantai Florida yang terbaik. Bersedia untuk terpesona dengan perubahan warna air laut dan langit tak terhingga cantiknya apabila anda merakamkan pemandangan menakjubkan yang tidak dapat dilupakan di dalam minda dan jiwa.

6. Jalan Gurun, Emiriyah Arab Bersatu (U.A.E)

 

View this post on Instagram

 

As far as it gets… ☀️🐪 #desert

A post shared by Irenaeus Herok (@iherok) on

iherok/Instagram

Pemandangan padang pasir yang luas dan tidak berkesudahan sudah pasti akan menenangkan jiwa anda. Bayangkan matahari terik, pasir halus, dengan perjalanan cepat dan mencabar menemukan anda dengan sisi alam gersang dan merasakan keabadian serta pembaharuan padang pasir semasa memandu di jalan ini yang terletak di Dubai. Rasai sendiri pengalaman bagaimana perjalanan menjadi lebih indah dari tujuan destinasi.

7. Jalan Dzuluk, India

Madhumita Das / Wikimedia Commons

Jalan raya ini adalah sebahagian jalan dari Laluan Sutera purba. Jalan di Sikkim, India mempunyai kira-kira 100 laluan dan liku sempit bertukar dalam jarak hanya 30 kilometer. Menawarkan pemandangan terbaik dari pergunungan Himalaya. Ini adalah salah satu jalan yang paling mengasyikkan di dunia. Malah pemandu yang paling berpengalaman boleh terpedaya oleh ketidaktentuan giliran. Jalan ini bukan bagi mereka yang berhati lemah dan permit khas diperlukan bagi mendapatkan akses melalui jalan ini.

8. Lebuhraya Air Xingshan, China

CGTN /Facebook

Dianggap sebagai salah satu jalan yang paling indah di dunia, lebuhraya ini dibina di atas sungai di Xingshan, China. Untuk menjaga alam semula jadi dalam bentuknya yang indah serta mengelak daripada memotong bukit dan hutan, lebuhraya ini dibina di atas air mengikut lengkungan sungai. Ia mempunyai beberapa pemandangan yang paling jelas dari gunung, menjadikan anda berasa terpesona dan kagum. Sebagai satu kesedaran dalam pemeliharaan alam sekitar, lebuhraya ini adalah satu contoh bagaimana manusia dan alam dapat disatukan dengan harmoni.

9. Lebuhraya 12, Amerika Syarikat

brycecanyoncountry.com

Lebuhraya ini, yang melalui Utah adalah kanvas yang sempurna bagi melakar pengembaraan anda yang seterusnya. Sesuai dipanggil “A Journey Through Time Scenic Byway”, yang sering memaparkan landskap indah yang tidak ditelan zaman semasa anda memandu melaluinya. Tenang dengan pemandangan pokok alpine bersama ukiran arca batu semula jadi yang digilap oleh angin, bandar di kawasan luar bandar yang kelihatan aneh, panorama yang sempurna, serta jalan panjang dan tidak terbatas untuk diterokai.

10. Ruta 40, Argentina

marcoguoliphoto/Instagram

Dengan rangkaian Gunung Andes yang indah berjalan selari, lebuhraya ini terkenal dengan pelancongan pengembaraan. Selekoh sempit, laluan batu kerikil, dan bukit yang sepi membuat satu perjalanan mengujakan terutama dengan bilangan penceritaan kisah seram yang berkaitan dengan laluan ini. Perjalanan regangan lengkap dan pengalaman penuh yang ditawarkan oleh alam semula jadi dari gunung, laut, padang pasir dan hutan. Perjalanan ke sini untuk mengenali negara Argentina dari dalam sehingga ke luar.

11. Passage du Gois, Perancis

Passage DU GOIS/ Facebook

Menyambungkan Pulau Île de Noirmoutier dengan tanah besar, laluan semula jadi ini dibuka hanya beberapa jam sehari. Ia dianggap sebagai salah satu jalan paling berbahaya di dunia ketika laluan lengkap menjadi terendam di bawah air semasa air laut pasang surut. Memandu melalui jalan raya 4.3 kilometer ini yang tidak sekata dengan jalan berturap batu, benar-benar satu cabaran pemanduan yang menarik kerana jika anda tidak memandu semasa air surut, kereta anda mungkin akan tenggelam.

12. Gotthard Pass, Switzerland

 

ciclismoepico/Instagram

Dahulu dikenali sebagai Monte Tremolo, Gotthard Pass adalah salah satu lebuhraya yang paling indah di dunia untuk satu perjalanan. Dengan jalan raya berliku-liku dan Alps Switzerland yang indah sebagai latar belakang, ia menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan tidak diragui merupakan satu kenangan terbaik di Alps. Tidak dinafikan dengan ketakjuban melihat keindahan alam semula jadinya, kerana jalan pergunungan ini mempunyai banyak kelainan dengan laluan selekoh tajam yang bersilih ganti.

13. Lebuh Raya Dunia yang dilupakan, New Zealand

 

Noted

Menurut namanya, lebuhraya ini amat misteri dan terlampau menakutkan, dan dikenali sebagai jejak warisan tertua di New Zealand. Terletak di Stratford, lebuhraya ini merangkumi medan-medan lasak New Zealand. Ia sering diterangkan oleh penduduk setempat sebagai laluan yang “agak susah dan payah,” kerana jalan ini menyediakan pengalaman roller coaster sebenar.

14. Jalan Great Ocean, Australia

 

tripandtravelblog.com

Sebagai salah satu pemanduan marin terbaik di dunia, Jalan Great Ocean menyusuri di sepanjang sempadan selatan Australia. Ia adalah peringatan perang terbesar di dunia, yang didedikasikan kepada tentera yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama. Ia menawarkan beberapa pemandangan yang paling indah dan nyata dari batu-batu yang diukir serta panorama indah Lautan Selatan. Lawatan 3 hari di laluan ini memberi anda pengalaman terbaik yang ditawarkan oleh pengembaraan pantai di Australia.

15. Lebuhraya Lingkaran Iceland.

 

Finding the Universe

Lebuhraya Lingkaran Iceland, atau Laluan 1, adalah salah satu pemanduan yang paling indah melalui alam semula jadi di mana anda akan dapat melihat gunung berapi, air terjun, glasier, fjords yang indah serta gunung yang sentiasa bersalji. Sejumlah lokasi tarikan pelancong yang popular boleh diakses melalui lebuhraya ini, termasuk pantai pasir hitam Iceland yang terkenal. Sekiranya anda melakukan perjalanan semasa musim sejuk dan benar-benar bertuah, anda mungkin akan dapat menyaksikan keajaiban cahaya langit Aurora Borealis atau Northern Light.

Perjalanan yang indah itu adalah pelengkap kehidupan yang indah. Oleh itu, lakukan perjalanan berserta pengembaraan anda apabila diberi kesempatan dan peluang.

Sumber : Bright Side

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular