Julai tahun lalu menyaksikan sebuah syarikat penerbangan Eropah melancarkan sebuah kapal terbang airbus yang sangat unik dengan rekaan bentuk ikan paus beluga yang diberi nama Beluga Airbus XL.

Airbus/YouTube

Kapal terbang yang dicipta untuk tujuan pengangkutan barang-barang ini pertama kali dipertontonkan kepada khalayak umum di Lapangan Terbang Toulouse-Blagnac di barat daya Perancis. Syarikat ini juga dilaporkan mempunyai lima buah kapal yang sama.

Airbus/YouTube

Ternyata dengan rekaan kapal yang sangat comel ini telah menarik perhatian ramai kanak-kanak. Bertrand George, ketua program Beluga XL, memberitahu CNN Travel bahawa kanak-kanak mengenali Beluga ini dan mereka menyukai kapal terbang yang istimewa ini.

Airbus/YouTube

Airbus/YouTube

Menurut Unilad, rekaan haiwan untuk kapal terbang ini telah mendapat undian majoriti daripada kakitangan syarikat berkenaan. Berbanding beberapa jenis haiwan lain yang dicadangkan, ikan paus beluga mendapat 40% undian, lapor CNN.

Airbus/YouTube

Kapal terbang yang unik ini juga dilaporkan merupakan transformasi daripada kapal terbang Airbus A330. Bukan itu sahaja, rekaan kapal ini juga membolehkan bahagian ‘kepala’ ikan paus ini dibuka.

 

Traveller.com.au

Tonton video berkenaan kapal yang comel ini di sini:

Airbus/YouTube

Sumber: Unilad, CocomyAirbus/YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular