Kelahiran sesuatu hidupan di alam semula jadi sememangnya satu perkara yang menakjubkan untuk diketahui, apatah lagi untuk disaksikan. Setiap hidupan di dunia ini mempunyai cara kelahiran semula jadi yang berbeza-beza.

ไอ้ ตัวเเสบ/Pinterest

Seperti ikan kelisa, atau lebih dikenali sebagai ikan arowana dalam bahasa Inggerisnya, mempunyai cara kelahiran yang agak aneh dan sangat menakjubkan. Kami pasti anda akan berasa terkejut saat pertama kali melihat tindakan ikan jantan sebaik sahaja melihat telur ikan selamat dikeluarkan daripada perut ikan betina!

Pada mulanya, ikan kelisa betina akan melahirkan telur-telur ikan di lantai perairan (atau di lantai akuarium seperti dalam video), dan seterusnya meninggalkannya di situ.

Jqdein Yrkoin/YouTube

Kemudian, apabila ikan jantan datang melihat telur-telur itu, ikan jantan mula ‘menyedut’ satu persatu telur-telur ikan berkenaan sehingga semua telur ikan habis. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu panik kerana sebenarnya ini adalah cara ikan kelisa jantan untuk menetaskan telur-telur berkenaan di dalam mulutnya.

Jqdein Yrkoin/YouTube

Setelah semua telur ikan kelisa menetas, mereka secara perlahan-lahan akan keluar dari mulut ikan jantan untuk menjalani kehidupan di ‘dunia luar’. Walau bagaimanapun, dipercayai bahawa bilangan anak ikan yang berjaya keluar daripada mulut ikan kelisa jantan adalah lebih sedikit berbanding bilangan telur-telur yang disimpan di dalam mulut ikan kelisa jantan. Hal ini adalah kerana apabila ikan jantan ‘terkejut’, maka ikan kelisa jantan itu cenderung untuk tertelan telur-telur ikan yang disimpan di dalam mulutnya itu.

Happy Share

Selain itu, dikatakan juga bahawa selama 60 hari ikan kelisa jantan ‘menyimpan’ telur-telur ikan di dalam mulutnya, ikan jantan itu tidak boleh makan. Semuanya untuk memastikan anak-anaknya menetas dengan sihat!

Happy Share

Sehingga anak-anak ikan kelisa ini cukup sesuai untuk hidup berdikari, anak-anak ikan kelisa masih akan tetap keluar masuk ke dalam mulut ikan jantan untuk mendapatkan perlindungan keselamatan. Pada ketika ini, anak-anak ikan kelisa ini masih mempunyai kantung telur bersama mereka sehinggalah mereka bersedia untuk mencari makanan mereka sendiri.

Jqdein Yrkoin/YouTube

Apabila ikan jantan mengesan keadaan yang tidak selamat, ikan jantan akan memberi petanda kepada anak-anak ikan dan mereka semua akan berenang masuk ke dalam mulut ikan jantan dengan segera.

Hebat sungguh tabiat semulajadi ikan kelisa ini!

Tonton video di saat si ikan betina melahirkan telur-telur ikan dan perhatikan tindakan ikan jantan yang menyimpan telur-telur ikan itu di dalam mulutnya di sini:

Jqdein Yrkoin/YouTube

Sumber: Happy Share, Dragon Fish Arowana World

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular