Tidak dapat dinafikan, jeruk mangga asam boi telah menjadi kegemaran ramai orang sejak dahulu lagi. Mana tidaknya, dengan rasa masam, manis, masin dan teksturnya yang rangup, jeruk mangga asam boi ternyata mampu membuatkan sesiapa sahaja mengidam akannya!

Secuit Rasa

Kini, kita boleh mendapat bekalan jeruk mangga asam boi di mana-mana sahaja. Sama ada di kedai makan, kedai runcit mahupun pesanan dalam talian. Walau bagaimanapun, jeruk mangga asam boi pastinya lebih sedap dimakan jika dihasilkan sendiri kerana kita sendiri boleh mengubah suai sukatan bahan mengikut citarasa kita sendiri.

Oleh itu, dengan merujuk kepada kiriman perkongsian Puan Siti Suhaida Mohd Sani di laman Facebook, bolehlah kita mencuba membuat jeruk mangga asam boi kita sendiri.

Sudahlah jimat, sedap pula!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji mangga
  • 1 sudu teh kapur makan
  • Air gula (lebih kurang 1 cawan gula dicampur dengan 2 atau 3 cawan air)
  • Asam boi
  • Cili padi (kuantiti mengikut citarasa masing-masing)

Cara-cara membuat:

1. Basuh mangga sehingga bersih dan kupas kulit mangga.

Puan Siti Suhaida Mohd Sani/Facebook

2. Hiris mangga menjadi bentuk memanjang dan tidak terlalu nipis (untuk tekstur yang rangup).

3. Rendamkan mangga dengan air yang dibancuh dengan 1 sudu teh kapur makan selama 1 jam (untuk kerangupan mangga). Kapur boleh juga digantikan dengan garam kasar (segenggam) atau cuka.

Puan Siti Suhaida Mohd Sani/Facebook

4. Cuci semula mangga sehingga bersih, toskan dan seterusnya masukkan mangga ke dalam balang.

Puan Siti Suhaida Mohd Sani/Facebook

5. Bancuh air gula dan tunggu sehingga sejuk kemudian tuangkan air gula (sehingga mangga tenggelam) ke dalam balang bersama asam boi dan cili padi.

Puan Siti Suhaida Mohd Sani/Facebook

6. Simpan balang berisi mangga di dalam peti ais semalaman untuk rasa yang lebih sedap.

Puan Siti Suhaida Mohd Sani/Facebook

Untuk rasa yang lebih manis, taburkan gula pasir di dalam balang kemudian tutup dan simpan di dalam peti ais semula.

Selamat mencuba!

Sumber: Puan Siti Suhaida Mohd Sani/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular