Para peminat Adam Corrie sentiasa menantikan perkembangan cahaya mata sulungnya yang comel bernama Adam Fateh Lee yang kini sudah berusia 7 bulan.

Selebriti dan aktor Adam Corrie Lee mempunyai hampir 600,000 pengikut di laman sosial Instagram dan perkembangan kehidupannya bersama keluarga sentiasa mendapat perhatian dengan pelbagai komen daripada kalangan peminatnya dan netizen.

adamcorrielee/Instagram

Baru-baru ini, Adam Corrie telah memuat naik sebuah rakaman video comel yang menunjukkan beliau sedang memberi makan kepada anak lelakinya, Adam Fateh dengan menyertakan kapsyen berunsur nasihat buat renungan para peminat.

adamcorrielee/Instagram

Rakaman video berdurasi 29 saat itu memperlihatkan bagaimana Adam Corrie sedang menyuapkan makanan kepada Adam Fateh sambil bertutur dan sekaligus mengajar anaknya dalam dialek Hokkien.

adamcorrielee/Instagram

Kapsyen Adam Corrie menulis, “Jangan makan mangkuk Fateh, @adamfatehlee. Ya Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari seksa api neraka. Janganlah kita mencari-cari aib orang. Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang.”

adamcorrielee/Instagram

Kebanyakan peminat dan netizen berasa terhibur melihat gelagat anak-beranak ini yang comel dan melucukan, disamping memuji betapa untungnya Adam Fateh kerana dapat mempelajari dan akan menguasai tiga bahasa kelak.

adamcorrielee/Instagram

Adam Corrie dan isterinya, Fazema Fuad mendirikan rumah tangga pada 21 November 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Adam Fateh Lee pada 11 Julai 2018.

adamcorrielee/Instagram

Lihat video comel ini di bawah.

adamcorrielee/Instagram

Sumber : adamcorrielee/Instagram , Oh My Media

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular