Kekuatan, naluri yang luar biasa, kecerdasan, dan kebolehan sosial bagi serigala adalah yang menjadikan mereka salah satu haiwan yang paling dihormati di dunia. Haiwan yang menakjubkan ini kerap kali ditonjolkan dalam kisah legenda, buku, filem, lukisan dan produk budaya selama berabad-abad yang perlahan-lahan mengajar kita untuk menghargai mereka.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila ada antara kita yang mahu menjaga haiwan ini di rumah. Dengan idea untuk menggabungkan yang terbaik dari kedua-dua dunia, terciptalah haiwan kacukan anjing-serigala (wolfdog). Anjing-serigala pada dasarnya adalah kacukan serigala dan anjing domestik, yang kedua-duanya dari spesies Canid yang sama.

Shy Wolf Sanctuary

Anda mungkin tidak akan berfikir dua kali mengenai keturunannya ketika bertemu dengan Yuki. Yuki adalah salah satu hasil kacukan anjing-serigala yang paling tinggi di tempat tinggalnya. “Ujian DNAnya menunjukkan Yuki mempunyai 87.5% Serigala kelabu, 8.6% Husky Siberia, dan 3.9% German Shepherd,” memetik ulasan seorang kakitangan Pusat Perlindungan Shy Wolf, Brittany Allen kepada Bored Panda.

Dalam foto ini Yuki kelihatan begitu besar dan menakutkan. Walau bagaimanapun, gadis dalam foto itu, Brittany Allen, yang berketinggian 163 cm, mengatakan bahawa Yuki sebenarnya tidak besar seperti yang dilihat dalam gambar dan beratnya sekitar 54.43 kg sahaja.

britweins

Foto itu telah menarik banyak perhatian para pengguna internet, yang dalam masa yang sama dapat membantu untuk meningkatkan kesedaran dan menceritakan kisah haiwan yang megah ini.

christaf

“Kami menyelamatkannya dari situasi haiwan peliharaan yang gagal dijaga dengan baik. Seseorang telah membelinya dari pembiak baka dan menyedari bahawa Yuki terlalu sukar untuk dikendalikan. Mereka membuangnya di pusat jagaan yang membunuh pada usianya 8 bulan. Kami menyelamatkannya dan menyediakan rumah untuknya dan Yuki telah bersama kami sejak itu,” kata Brittany Allen.

christaf

“Yuki datang kepada kami pada tahun 2008. Yuki berada dalam kesihatan yang cukup baik berbanding dengan banyak haiwan yang datang kepada kami dan mempunyai personaliti yang hebat. Kami juga menganggap Yuki sebagai duta besar pada satu ketika. Tak lama selepas tiba di Pusat Perlindungan Shy Wolf, Yuki pernah tercedera dan terluka di bahagian kakinya. Luka itu menyebabkan Yuki menerima sejumlah 5 kali pembedahan untuk akhirnya kembali sihat dan pada masa itu Yuki menjadi haiwan yang agresif dalam sangkar,” tambah salah seorang pengarah di Pusat Perlindungan Shy Wolf.

christaf

Sukarelawan Pusat Perlindungan Shy Wolf berkongsi gambar-gambar Yuki di rumah barunya dari tahun 2012 dan keperibadiannya: “Yuki suka wanita, menonjolkan diri kepada pelawat, dan menjadi nakal.”

“Yuki adalah salah satu daripada haiwan yang boleh memberitahu anda jika dia mahu anda di dalam kandang atau tidak. Yuki mempunyai sekumpulan kecil wanita yang dibenarkan masuk ke dalam kandangnya,” kata Judy, seorang sukarelawan di Pusat Perlindungan Shy Wolf yang mendapat kepercayaan Yuki.

Shy Wolf Sanctuary

Ditubuhkan pada tahun 2001 oleh Nancy Smith, Pusat Pengetahuan dan Pengalaman Sanitasi Shy Wolf (SWS) menyediakan perlindungan dan pemulihan kepada serigala liar dan tawanan, dan haiwan eksotik lain. Kawasan seluas 2.5 hektar di Naples, Florida itu menjadi rumah kekal kepada lebih daripada 60 haiwan yang diselamatkan atau ditangkap pada setiap tahun.

Misi tanpa keuntungan ini adalah untuk “menghubungkan semula manusia dan haiwan melalui pendidikan,” jadi kakitangan dan lebih dari 30 sukarelawan aktif bekerja sepanjang tahun untuk tidak hanya membantu haiwan yang diabaikan tetapi untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya untuk melindungi haiwan-haiwan ini.

Judy Marino Rakocinski

Anjing-serigala dianggap haiwan bukan peliharaan peribadi oleh perkhidmatan haiwan domestik, jadi Pusat Perlindungan Shy Wolf ternyata adalah harapan terakhir mereka untuk mendapatkan bantuan dan mencari rumah kekal yang selamat.

“Mereka adalah makhluk yang mahu dihormati. Akan menjadi pertemuan yang jauh berbeza di alam liar daripada apa yang saya lakukan dengan mereka di sini. Haiwan yang saya jaga tidak pernah berada di alam liar dan tidak akan menjadi salah satu daripadanya, jadi mereka lebih bersosial. Kami menunjukkan momen-momen mereka yang menggembirakan dengan harapan dapat membantu orang ramai mengenal pasti spesies mereka sekurang-kurangnya dan mungkin mengubah respon ketakutan mereka kepada penghormatan yang sihat melalui pendidikan,” kata Brittany.

brit_allen_

Kebanyakan serigala menyembunyikan diri daripada manusia dan tidak agresif terhadap mereka secara semula jadi, tetapi hal ini tidak berlaku dengan anjing-serigala. Anjing-serigala adalah gabungan ciri-ciri yang mengakibatkan corak tingkah laku yang tidak dapat diramal berbanding serigala atau anjing. Oleh itu, baka ini mempunyai ciri unik yang ramai orang tidak ketahui. Terutamanya apabila dibeli sebagai anak anjing, mustahil untuk meramalkan berapa banyak ciri serigala yang ada padanya.

Yvonne Morgan

“Anjing-serigala agak sukar pada pendapat saya kerana anda tidak tahu berapa banyak tingkah laku serigala berbanding tingkah laku anjing yang mereka miliki. Yuki tidak semestinya lebih sosial berbanding serigala tulen. Kami mempunyai serigala tulen yang akan melarikan diri apabila mereka melihat orang baru kerana mereka umumnya malu, haiwan yang ingin tahu. Yuki, bagaimanapun akan berjalan terus ke arah orang baru dan jika Yuki tidak suka mereka, Yuki akan menjadi agresif terhadap mereka. Dengan serigala tulen, apabila mereka mengenali anda dan berasa selesa dengan anda, mereka boleh menjadi jinak dan penyayang tetapi mereka akan tetap menjadi serigala yang anda tidak dapat kawal dengan cara mereka dan makanan mereka, dan anda harus menghormati sempadan mereka. Kedua jenis serigala ini boleh bersosial dengan orang yang mereka terima dalam ruang mereka, tetapi mereka juga sangat memilih. Ini juga terpakai kepada pendamping serigala atau anjing-serigala yang lain.”

brit_allen_

“Hari ini, Yuki adalah salah satu haiwan paling menarik di sini. Yuki bukan seekor haiwan yang mudah untuk didekati, tetapi Yuki juga mempunyai beberapa sukarelawan yang digemari. Yuki telah mendapat nama panggilan “Woowoo” kerana apabila Yuki melihat mana-mana sukarelawan yang digemarinya, Yuki akan membuat bunyi begitu untuk memanggil sukarelawan itu datang menghabiskan masa dengannya,” kata Jeremy Albrecht.

Shy Wolf Sanctuary

Setelah bertahun-tahun memberi kehangatan dan rumah yang selesa kepada Yuki, pusat perlindungan itu diserang oleh berita yang menyedihkan apabila anjing-serigala itu telah didiagnosis dengan kanser darah, walaupun anda tidak dapat melihatnya dengan mata kasar.

Shy Wolf Sanctuary

“Yuki didiagnosis dengan kanser pada tahun lepas. Kami telah menangani kanser ini sebelum ini dan malangnya anda tidak tahu berapa cepat mereka mendapatnya dan berapa banyak masa yang mereka ada. Yuki telah melawannya sejak sekian lama sekarang dan bertahan seperti biasa semasa kami menikmati masa bersama Yuki. Apabila tiba masanya dia mula menunjukkan tanda-tanda yang akan kita lakukan, seperti yang kita lakukan, membuat keputusan yang tepat untuk kualiti hidup Yuki,” kata Jeremy Albrecht.

Brittany Allen

“Mengucapkan selamat tinggal kepada salah satu haiwan selalu sukar bagi kakitangan dan sukarelawan kami, dan Yuki tidak berkecuali. Tetapi penting untuk diingati bahawa walaupun banyak haiwan ini mempunyai permulaan yang tidak baik, namun kisah hidup mereka sentiasa mempunyai penghujung yang gembira apabila mereka tiba di pusat perlindungan Shy Wolf. Apabila masa mereka bersama kami telah tamat, perkara terakhir yang mereka lakukan adalah memberi ruang untuk haiwan yang diselamatkan seterusnya dan mempunyai pengakhiran yang bahagia.”

Brittany Allen

Sepertinya kehidupan terus mencabar Yuki, tetapi kami yakin bahawa Pusat Perlindungan Shy Wolf adalah tempat yang tepat untuk mendapatkan jutaan cinta, penjagaan dan rawatan tanpa syarat.

Untuk mencari kisah yang lebih membahagian atau menyokong Pusat Perlindungan Shy Wolf, layari laman web organisasi ini di sini.

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular