Terdapat beberapa cara untuk mendedahkan rahsia seorang pembohong atau penipu. Kaedah di bawah mampu membantu anda mengesan sama ada telah dibohongi atau seorang itu berkata benar.

Jadi tanyakan soalan untuk mengetahui kebenaran dan lihat bagaimana seorang itu memberikan jawapan dan tindak balas.

10. Jawapan samar-samar.

depositphotos

Jika seorang itu memberikan jawapan yang samar-samar, ia mungkin satu petanda dia sedang berbohong. Cuba mengajukan soalan dengan membuat seseorang menjawab persoalan subjek utama. Anda perlu mendapatkan jawapan secara terus, yang biasanya sama ada ‘ya’ atau ‘tidak’ sahaja untuk mengetahui kebenarannya.

9. Ketawa dengan soalan.

 depositphotos

Sekiranya seorang itu akan ketawa dengan soalan yang sedang diajukan, berkemungkinan dia sedang berbohong kepada anda. Seorang yang ingin memperdaya selalunya akan cuba membuat orang di sekelilingnya ketawa bersama. Ini adalah salah satu petanda tidak langsung yang bertujuan untuk melembutkan hati anda serta menjadikan perbincangan subjek utama bertukar kurang serius.

8. Menunjukkan kejujuran melampau atau berlebihan.

 depositphotos

Salah satu tanda pembohongan ialah cuba menunjukkan kejujuran dengan cara yang melampau atau berlebihan. Seseorang itu akan berjanji atau bersumpah kepada anda yang dia tiada kena-mengena dengan situasi yang ditimbulkan. Jadi, anda jangan mudah percaya dengan tipu daya mereka.

7. Berasa simpati.

 depositphotos

Perkara paling sukar untuk mengesan pembohongan ialah untuk tidak mempercayai orang yang bersimpati dengan anda. Sekiranya seorang sedang menunjukkan rasa simpati, jangan mudah terpedaya dengannya. Mungkin sebenarnya dia sedang mencuba untuk menipu anda.

6. Menjawab soalan bersama soalan yang lain.

 depositphotos

Seorang yang mahu berbohong tidak akan memberikan anda jawapan secara terus dan jujur. Mereka akan cuba bertanyakan kepada anda lebih banyak soalan. Perlu diingat, lebih banyak menjawab satu soalan anda bersama beberapa soalannya yang lain kepada anda akan memperjelaskan bahawa orang ini sedang berbohong.

5. Terpaku membisu.

 depositphotos

Terpaku membisu sambil berasa teragak-agak memberikan jawapan buat beberapa ketika, menunjukkan orang ini sedang berbohong. Terutama sekali ketika anda mengajukan soalan yang amat mudah. Jadi, sekiranya seorang itu menunjukkan muka terkejut dan terdiam selama 2 hingga 3 saat selepas mendapat tahu masalah anda, pastikan bahawa dia adalah orangnya yang memakan kek anda.

4. Berlakon seperti terkejut.

depositphotos

Sekiranya seseorang itu menunjukkan lagak dan gaya seperti berlakon, ini bermakna mereka ini sedang berbohong. Emosi seseorang akan berubah dengan cepat. Satu emosi biasanya hanya akan bertahan tidak lebih 6 hingga 10 saat sahaja. Sekiranya seseorang itu tidak jujur, dia mungkin akan bertindak untuk berlakon menjadi terkejut dengan soalan yang diajukan untuk jangka waktu yang lama bagi meyakinkan anda yang dia tidak melakukannya.

3. Menunjukkan nada permusuhan.

depositphotos

Menunjukkan nada untuk bermusuh atau menghina juga adalah tanda yang jelas seorang itu sedang berbohong. Jangan mudah mengalah kerana seseorang itu mungkin seorang yang serius, jadi dia bernada seperti itu. Cuba menjadikan perbualan itu berkeadaan tenang, dan kemudian tanya soalan itu sekali lagi.

2. Mengulang kembali soalan itu.

depositphotos

Jika seorang itu mengulang soalan itu beberapa kali, mungkin dia sedang berbohong. Dan ia juga seperti kelihatan lucu kerana orang ini kini tidak lagi dapat berbohong kepada anda.

1. Mengelak memberi jawapan.

depositphotos

Sekiranya seorang itu cuba mengelakkan jawapan, memberi anda beberapa informasi yang tidak relevan atau mencuba mengubah subjek, mungkin dia sedang berusaha untuk lari dari kesalahannya dan berbohong. Cuba berikan perhatian sama ada anda masih membincangkan masalah yang sama atau topik itu telah bertukar dengan sepenuhnya.

Sebagai tambahan, berikan perhatian kepada ekspresi wajah seperti butiran di bawah.

depositphotos

1. Menelan air liur dengan kerap, terbatuk atau menunjukkan muka yang pegun seperti orang ini bimbang akan tertangkap kerana berbohong.

2. Wajah dengan simetri yang tidak sama. Apabila anda berada dalam keadaan tenang ekspresi wajah anda sering berbentuk simetri atau sama. Sekiranya salah satu bahagian pada wajah atau tubuh badan anda tidak aktif, ini bermakna emosi itu adalah palsu.

3. Mata yang bergerak kiri dan kanan. Sekiranya orang ini bukan seorang pemalu, kemudian itu menunjukkan tanda kemungkinan dia sedang berbohong.

4. Mata memandang ke hujung dan ke atas. Ini bermakna orang itu sedang memikirkan sesuatu yang merunsingkan.

5. Cuba lihat mereka memegang telapak wajah, dahi atau leher, tanda orang ini cuba menyembunyikan sesuatu.

6.  Menggaru hidung, kelopak mata atau cuping telinga.

7.  Memandang ke bawah dan menggerak-gerakkan kepala.

8.  Jari berada di dalam mulut. Ini adalah pergerakan badan yang terdesak, dan orang ini tidak sedar kerana dia mahu kebenaran itu didedahkan.

Apa yang boleh anda perkatakan mengenai pemuda ini?

depositphotos

Jika seseorang itu tersenyum dengan jujur, matanya juga akan turut tersenyum. Jadi, sekiranya seorang itu sedang berseronok dan gembira, lihat kedutan pada sekeliling matanya. Matanya juga akan mengecil dan tertutup sedikit.

Atau bagaimana dengan dua gadis ini?

 

depositphotos

Jangan mudah tertarik dengan penampilan menarik dan terus membuat kesimpulan yang baik dengan hanya berpandukan kepada kecantikan seseorang.

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular