Pengurusan kewangan merupakan satu perkara yang penting bagi menjamin kelangsungan hidup anda bagi jangka masa pendek mahupun panjang.

Untuk memastikan kita berjaya menguruskan aspek kewangan dengan baik, tips yang kita semua tahu adalah memastikan jumlah perbelanjaan tidak melebihi hasil pendapatan yang diperoleh.

Namun, kadangkala disebabkan oleh beberapa situasi yang tidak dijangka berlaku, kita tidak mampu untuk mengekalkan momentum perbelanjaan sekali gus menyebabkan kita tidak dapat menyimpan.

Pinjaman Peribadi Bank

Masalah kewangan juga sering membelenggu pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan sedang membina kehidupan berkeluarga yang semestinya memerlukan kita untuk berbelanja lebih bagi menyediakan segala keperluan.

Untuk menangani permasalahan ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nohafizah Abdullah telah mengongsikan beberapa ilmu pengetahuan dan juga teknik penting yang wajib anda mahiri untuk mengasingkan duit gaji dengan betul.

#1 Sediakan sampul untuk setiap jenis perbelanjaan

Norhafizah Abdullah / Facebook

Pertama sekali apa yang anda perlu lakukan adalah menyenaraikan semua jenis perbelanjaan bulanan seperti makanan, bil utiliti, sewa rumah, minyak kereta dan sebagainya.

Anggarkan jumlah maksima bagi setiap jenis perbelanjaan dan labelkan pada setiap sampul.

#2 Isi duit ke dalam sampul dengan penuh keredhaan

Norhafizah Abdullah / Facebook

Setelah menyenaraikan setiap jenis perbelanjaan dan amaunnya, isikan duit ke dalam sampul dengan hati yang ikhlas.

#3 Tutup setiap sampul dan simpan di tempat yang selamat

Norhafizah Abdullah / Facebook

Setelah siap sampul anda, simpankan di tempat yang selamat dan sukar dicapai. Jangan simpan sampul berisi duit perbelanjaan ini di dalam dompet kerana ini akan memudahkan anda untuk menggunakan wang tersebut di saat kecemasan ataupun membuatkan anda mahu berbelanja lebih ketika membeli-belah.

#4 Langsaikan segala hutang dengan segera

Norhafizah Abdullah / Facebook

Disarankan untuk segera melakukan pembayaran sebaik sahaja anda menerima gaji. Jangan sesekali menangguhkan pembayaran. Paling penting, sekiranya terdapat baki wang dalam setiap sampul, jangan pula digunakan untuk tujuan lain. Simpan sahaja baki wang di dalam sampul yang berkenaan untuk digunakan bagi perbelanjaan bulan seterusnya.

Tetapi bagaimanakah caranya jika pendapatan bulanan anda tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan dan keperluan keluarga? Jangan mengalah. Anda boleh melakukan perniagaan secara online mahupun berniaga kecil-kecilan bagi menambah pendapatan.

Sumber: Norhafizah Abdullah / Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular