Sebuah syarikat di China dilaporkan menawarkan cuti rehat kepada para pekerjanya yang tidak berasa baik untuk ke pejabat. Hal ini adalah untuk menjaga kesejahteraan para pekerjanya.

Untuk mendapatkan cuti ini, pekerja yang berkenaan hanya perlu memaklumkan kepada pihak atasan mereka bahawa mereka mengalami perasaan yang tidak baik dan mereka dibenarkan untuk mengambil cuti untuk hari itu. Mereka juga tidak perlu memberi alasan sokongan untuk mendapatkan cuti ini.

Wikipedia

Syarikat berkenaan yang terletak di Changzhou, China Dinosaur Park, telah menetapkan satu hari cuti berbayar pada setiap bulan untuk semua pekerja mereka supaya mereka boleh berehat dan kembali bekerja dengan semangat yang tinggi. Cuti yang sangat luar biasa dan unik ini dilaporkan telah dijalankan sejak tiga tahun yang lalu.

Seperti yang dipetik oleh Daily Mail, Encik Chen Qingcheng, yang mengetuai kesatuan pekerja di syarikat itu menjelaskan bahawa kebanyakan masa, para pekerja harus berurusan dengan pelanggan di taman ini dan semangat yang rendah untuk bekerja akan memberi kesan negatif kepada mereka. Oleh itu, dasar cuti ini menunjukkan bahawa syarikat itu mengambil berat terhadap para pekerjanya dan menghargai mereka.

Daily Mail

Pada mulanya, para pekerja hanya dibenarkan berehat sebentar sahaja pada setiap hari untuk menenangkan diri tetapi kemudian syarikat itu memutuskan untuk memberi mereka satu hari cuti berbayar pada setiap bulan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Walau bagaimanapun, Encik Chen menyatakan bahawa cuti ini jarang diambil oleh para pekerjanya walaupun mereka diberi pilihan untuk bercuti.

Tidak dapat dinafikan, seseorang pekerja yang gembira pasti akan menyumbang lebih kepada sesuatu syarikat itu. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Tan Sri Tony Fernandes, seperti yang dipetik oleh BBC, “Pekerja adalah nombor satu, pelanggan adalah nombor dua. Jika anda mempunyai tenaga kerja yang gembira, mereka akan menjaga pelanggan anda.”

Sumber: Daily MailBBC

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular