Helang merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang sangat hebat bukan sahaja disebabkan oleh rupanya tetapi juga kepintaran serta kemahiran helang dalam melakukan aktiviti pemburuan.

Jadi, tidak hairanlah mengapa burung helang seringkali dijadikan sebagai maskot mahupun simbol kepada sesebuah negara.

Baru-baru ini tular satu insiden yang mengagumkan mengenai perjalanan seekor helang sekali gus mencetuskan banyak persoalan dalam kalangan netizen.

Seorang pemuda bernama Fahd Qash dari daerah Jizan, Arab Saudi telah menemui badan seekor helang sewaktu sedang bersiar-siar. Lebih mengejutkan lagi, setelah diperiksa dengan teliti, Fahd telah menemui sebuah peranti GPS bersama-sama dengen emel pemiliknya pada badan helang itu.

Faifa

Rupa-rupanya, dikatakan sekumpulan saintis telah melakukan kajian mengenai lokasi penghijrahan helang dan helang itu merupakan salah satu daripada 20 ekor helang lain yang dijadikan sebagai bahan ujikaji mereka. Peranti GPS berkenaan berjaya merekodkan semua lokasi perjalanan yang pernah dilalui oleh helang berkenaan.

Faifa

Dilaporkan bahawa dalam tempoh setahun, kesemua helang terbabit pernah terbang dan singgah ke banyak negara namun tidak pernah pergi ke laut. Meskipun telah singgah ke banyak negara sekitar Timur Tengah, para saintis masih lagi bingung mereka helang-helang ini mengelakkan diri mereka daripada terbang ke kawasan perairan seperti Laut Caspian dan Laut Merah.

Faifa

Sekumpulan penyelidik yang menggelarkan diri mereka sebagai British Birds pernah menjejaki sebanyak 16 helang spesies Steppe dan mendapati bahawa jarak penerbangan harian yang paling panjang pernah dicatatkan oleh helang-helang berkenaan adalah sebanyak 355 km!

Berdasarkan kitaran tahunan, dilaporkan seekor helang akan menghabiskan sekitar 31.5% di kawasan salji, 41.9% di kawasan pembiakan dan selebihnya iaitu sebanyak 26.6% untuk bermigrasi.

Statistik ini bersama-sama dengan peta tersebut membuktikan bahawa helang merupakan haiwan yang sering berpindah dan menjelajah ke pelbagai tempat.

Nampaknya, helang lebih banyak mengembara berbanding kita sebagai manusia. Seronok jadi helang ya?

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular