Kemunculan kucing, anjing dan tupai yang berkeliaran di kawasan kejiranan kita pastinya bukan suatu perkara yang aneh lagi. Malah, kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan kemunculan merekapun.

Tetapi, apa yang berlaku di Kota Kemuning sememangnya sesuatu perkara yang sangat jarang berlaku dan agak aneh! Mana tidaknya, pada 3 Mac yang lalu, penduduk di kawasan kejiranan Kota Kemuning dikejutkan dengan kemunculan seekor tapir yang sedang berkeliaran.

Albert Ling/Instagram

Menurut Albert Ling yang memuat naik video tapir yang ditemui di halaman belakang rumahnya pada jam 8.25 pagi, pada mulanya dia menganggap bahawa haiwan itu hanyalah anak patung panda yang dibuang ke halaman belakang rumahnya.

Albert Ling/Instagram

Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila ‘patung’ itu mula bergerak dan akhirnya Albert mendapati bahawa sebenarnya patung itu adalah seekor tapir yang masih bernyawa!

“Saya keluar untuk memberi makan kepada kucing saya dan ada ‘panda’ yang masih hidup di hadapan mata saya. Saya fikir seseorang melontarkan patung mainan lembut panda ke belakang rumah saya, tetapi kemudian haiwan itu bergerak,” kata Albert kepada SAYS.

Albert Ling/Instagram

“Tapir ini benar-benar haiwan yang megah. Mempunyai tapir secara langsung di hadapan kita adalah keistimewaan dan kehormatan yang sebenar,” katanya.

Walau bagaimanapun, selepas berkeliaran di kawasan kejiranan, tapir itu berdepan dengan situasi yang mencemaskan kerana rasa takut kepada orang ramai yang mula memerhatikannya dan mengambil gambarnya.

Kota Kemuning/Facebook

Namun tapir itu terjatuh ke dalam longkang di Jalan Anggerik Eria 31/109 pada jam 9 pagi apabila cuba untuk melarikan diri.

Kota Kemuning/Facebook

Selama berjam-jam lamanya, netizen yang simpati dengan nasib tapir itu mendapatkan kemaskini berkenaan keadaan tapir itu di laman kumpulan penduduk Kota Kemuning di Facebook.

Kota Kemuning/Facebook

Lima jam kemudian, bantuan datang dalam bentuk beberapa pegawai hidupan liar, jaring, dan kren untuk menyelamatkan tapir itu.

Kota Kemuning/Facebook

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Pasukan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba dan tapir itu selamat dikeluarkan pada jam 2 petang.

Kota Kemuning/Facebook

Misi menyelamat tapir itu disambut oleh penduduk di kawasan itu, yang mengharapkan kesejahteraan tapir itu sejak tapir itu mula terjatuh. Disamping itu, pengguna internet pula bersyukur kerana tapir itu berjaya diselamatkan dengan baik dan sempurna.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular