Pemakanan yang sihat dan seimbang untuk anak-anak di sekolah perlu dititikberatkan. Ini kerana anak-anak memerlukan nutrien dan tenaga yang mencukupi bagi membolehkan mereka terus fokus di dalam pembelajaran.

Sama ada makanan itu dibekalkan dari rumah atau yang dibeli di kantin sekolah, kebersihan dan khasiatnya perlu diberikan perhatian.

Ketika rehat, selalunya para pelajar perlu beratur sehingga ada pula yang terpaksa berebut untuk membeli makanan demi mengejar masa rehat yang singkat. Sebuah sekolah mengambil satu inisiatif untuk mengatasi masalah ini dengan menjalankan satu program bersama pengusaha kantin dan pengurusan kantin sekolah dengan membekalkan makanan yang sihat kepada para pelajar di sekolah mereka. Dan sesungguhnya program ini amat wajar dicontohi oleh sekolah lain.

Seorang netizen bernama Puan Salehah Ariffin dalam halaman Facebooknya memuat naik satu post dengan menulis kini dia tidak lagi perlu memikirkan untuk menyediakan bekal untuk anaknya Raisha kerana program ini. Puan Salehah menulis:

Salehah Ariffin/ Facebook

Kini Raisha mudah makan di sekolah semasa rehat, ibu dia tidak lagi perlu fikirkan apa yang mahu disediakan untuk bekalnya setiap hari.

Raisha turun dari kelas dan terus duduk di meja. Pekerja di kantin telah meletakkan makanan di atas meja. Tempat duduknya adalah tempat yang sama sehingga di hujung tahun. Dia tidak perlu mencari tempat duduk dan tidak perlu beratur membeli makanan. Jadi, masa 20 minit itu sememangnya betul-betul masa makannya sahaja. Duit belanja tidak perlu dibawa, jadi tiada lagi kes duit hilang atau tercicir.

Salehah Ariffin/ Facebook

Terima kasih kepada pihak pengusaha kantin sekolah iaitu Encik Mohd Fahmi Ahmad dan isterinya Puan Nadirah Azizan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya, Tuan Ramlee Abu Bakar serta guru-guru. Syukur kerana mempermudahkan urusan, anak-anak pun dapat makanan dan minuman yang berkhasiat setiap hari.

Ini merupakan satu program inisiatif pihak sekolah.

Salehah Ariffin/ Facebook

Ini adalah satu program inisiatif Hidangan Berkhasiat di Kantin Sekolah (HiTS) yang diperkenalkan oleh unit pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah SPT di sekolah tersebut dengan membuat pilihan menu yang sesuai bersama keperluan kalori pelajar mengikut umur.

Salehah Ariffin/ Facebook

Disebabkan ramai yang bertanya berapa harga dan bagaimana menyertainya, di sini saya jelaskan butirannya. Program ini dibayar secara bulanan oleh ibu bapa kepada pihak kantin sekolah iaitu RM3 satu set makanan termasuk minuman. Ibu bapa tidak dipaksa untuk menyertai program ini dan ia terbuka kepada yang berminat sahaja. Kantin sekolah masih menjalankan aktiviti jual beli seperti biasa untuk para pelajar yang tidak menyertai program HiTS ini.

Sumber : Salehah Ariffin/ Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular