Seorang lelaki bernama Xiao Wang terkejut apabila kolam terbiar yang baru dibelinya mempunyai seekor ‘ular’ yang besar di dalamnya, menurut Content Media 23.

Wang membeli kolam itu dengan niat untuk memulakan perniagaan pembiakan ikan. Namun, ternyata, aset yang dibelinya itu telah membawa keuntungan yang tidak dijangka buatnya.

Content Media 23

Dalam usaha untuk menyelamatkan perniagaannya, Wang mengumpulkan keberaniannya untuk menangkap “ular” tersebut dan mengeluarkannya dari kolamnya. Setelah berbuat demikian, Wang kemudiannya mendapati bahawa “ular” yang baru ditangkapnya itu sebenarnya adalah belut kuning berusia 30 tahun yang jarang ditemui.

Content Media 23

Bukan itu sahaja, penduduk setempat yang berdekatan juga memaklumkan kepadanya bahawa belut seberat tiga kilogram itu telah tinggal di dalam kolam itu selama 30 tahun yang lalu dan kini mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi.

Kredit: Content Media 23

Selepas berita mengenai penemuan ini tersebar, seorang ahli perniagaan dari Taiwan menyatakan minatnya untuk membeli belut kuning yang jarang ditemui itu. Demi mendapatkan belut itu, ahli perniagaan itu sanggup membayar wang sejumlah NT $ 80,000 (RM10,585.20) untuk pembelian tetapi Wang menolak tawaran itu pada mulanya.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa pusingan rundingan, Xiao Wang akhirnya bersetuju untuk menjual belut kuning itu dengan harga RM13,200.

Content Media 23

Menurut Umami-Insider, belut seringkali disimpan sebagai haiwan peliharaan eksotik atau dimasak kerana belut dianggap sebagai makanan istimewa di negara-negara tertentu.

Kredit: Content Media 23

Ikan belut juga dikatakan mempunyai zat pemakanan yang sangat tinggi dan kaya dengan vitamin A, D, E, B dan fosforus.

Sumber: Content Media 23

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular