Jika anda mengalami sakit kepala teruk, kelesuan, dengupan jantung tidak normal dan sakit dada, anda mungkin penghidap penyakit hipertensi ataupun tekanan darah tinggi.

Keadaan ini boleh disebabkan oleh stres, kurang tidur, obesiti dan pelbagai faktor lain, di mana kadang kala ia boleh dihidapi oleh mereka yang sihat.

Nasib baik masih terdapat teknik untuk membantu salur darah dan otot anda berehat bagi membolehkan tahap tekanan darah masih boleh dikawal.

9. Urut telinga dan leher

Terdapat 3 lokasi di kepala dan leher yang membantu melegakan ketegangan di otot leher anda dan mengembalikan aliran darah yang betul ke otak anda:

  1. Belakang cuping telinga – Buat garisan secara imaginasi daripada atas ke bawah tulang selangka (titik kedua). Gunakan jari dan urut leher anda dengan pergerakan lembut (ke atas dan ke bawah). Ulang selama 10 kali di setiap belah leher.
  2. Muka (pada ketinggian sama atau ½ cm dengan telinga) – Urut pada setiap sisi dengan hujung jari anda selama satu minit dalam pergerakan lawan jam.

8. Cuba ‘acupressure’

GB 20, atau the Wind Pool, merupakan antara titik acupressure yang berkesan dalam rawatan untuk tekanan darah tinggi. Anda boleh jumpa titik-titik berkenaan di tengkorak kepala.

Letakkan tekanan yang lembut tetapi mantap di kedua-dua belah menggunakan ibu jari. Dalam seminit dua, anda akan rasa sakit kepala yang dialami kian berkurang.

7. Amalan pernafasan menggunakan kiri hidung

Pernafasan dalaman (abdominal) menggunakan kiri hidung akan membantu mengawal tekanan darah dengan merehatkan salur darah dan mengurangkan hormon stres. Caranya :

  • Duduk di lantai atau di atas kerusi dengan posisi belakang tegak secara selesa
  • Letakkan tangan kiri pada abdomen
  • Tutup lubang hidung belah kanan dengan ibu jari kanan
  • Tarik nafas panjang menggunakan lubang kiri hidung, tahan selama beberapa saat dan hembuskan
  • Bernafas secara dalam dan perlahan-lahan menggunakan kiri hidung sahaja selama 3-5 minit

6. Teknik bernafas ‘hissing bee’

 

View this post on Instagram

 

🐝 #Day4 of the #LessIsMore #yogaChallenge 🙏🏽 #PRANAYAMA Can you 👂🏽 the 🐝?! The energetic life force which we breathe every day. The one that holds the power to both calm and excite our monkey minds and pump energy through our bodies. My fave is #BhramariPranayama – #BeeBreath 🐝 It’s so simple and soothing and fun! The sound vibrations clear all the noise within and outside of you. So perfect for instantaneous calming and to help you focus 🙏🏽 HOSTS 🌟 @yogabyjules @momazing.de @nicole.dechow @yoga_mit_lucie SPONSORS✨ @yoiqiyogawear 1 wonderful outfit of the softest organic cotton 😍 @malawelt A beautiful Mala 💓 @feetup 1 super cool FeetUp 🤸🏼‍♀️ @haritea_shotimaa 1 big box of the best tea 🍵 ☕️ @nucao_ 4 raw chocolate bars 🍫🤤 @veryyoga.de 1 yoga mat with a #lessismore signature 🙏🏽 #byronbay #oceanshores #northernrivers #australia #love #home #yoga #yogaeveryday #yogateacher #attitudeofgratitude #peace #homeiswheretheheartis #namaste

A post shared by Ashy (@ash_lee_jt) on

Bhramari pranayama, ataupun kaedah bernafas hissing bee, akan membantu menghilangkan sakit kepala dan migrain yang berkait dengan hipertensi. Caranya :

  • Duduk di lantai atau di atas kerusi dengan posisi belakang tegak secara selesa
  • Letakkan jari telunjuk pada lubang telinga
  • Semasa menghembus nafas, buat bunyi seakan-akan desiran lebah sambil meletakkan tekanan pada lubang telinga pada waktu yang sama
  • Ulang selama 7-10 kali

5. Dengar muzik klasikal

Kredit: © depositphotos.com   © depositphotos.com

Mendengar muzik yang menenangkan seperti klasikal, Celtic mahupun India mampu mengurangkan mengurangkan tahap tekanan darah tinggi, lebih-lebih lagi jika anda menggabungkannya dengan meditasi ataupun senaman pernafasan.

Ia berlaku kerana muzik jenis ini menghasilkan kesan santai dan menenangkan tubuh selain mengurangkan hormon stres. Pakar percaya bahawa muzik yang membantu mengurangkan tekanan adalah muzik yang tidak mempunyai lirik, terdapat perubahan rentak dan berulang.

4. Minum segelas air

Kredit: © depositphotos.com   © depositphotos.com

Sesetengah kes, tekanan darah tinggi boleh mengakibatkan dehidrasi. Apabila anda mengalami dehidrasi, jumlah darah di dalam badan turut berkurang menyebabkan peningkatan rintangan ‘peripheral’.

Untuk mengelakkan keadaan ini, setiap kali anda mula merasakan simptom hipertensi, cuba minum segelas atau 2 air. Ini akan membantu anda mengembalikan jumlah darah yang mencukupi di dalam badan anda dan mengurangkan tekanan darah anda.

3. Berehat cara ‘Savasana’

 

View this post on Instagram

 

Savasana. It is about so much more than just lying back and zoning out… even if this is all we want to do after challenging our bodies during our practice! – Savasana is an opportunity for you to process your practice, reach a deeper level of relaxation and observe your body. – To get the most out of your savasana, try to let your body feel heavy on the mat and move your awareness up and down your body – from feet to head, then head to feet. – Travel through and observe – how does this part of my body feel? Do I need more space here, or do I feel more space here? What do I need to let go of? – Many of us tend to hold tension face, chest and belly, so try to relax these areas and allow your tongue to come down from the roof of your mouth. By doing so you will feel yourself go much deeper into relaxation, activating your parasympathetic nervous system and allowing your body to truly rest and digest 😌 ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ #yogaharmonyperth #savasana #yogatips #yogatutorial #gratefulheart #mindbodyspirit #yogateacher #yogaeveryday #healthyandhappy #perthyoga #healthybody #yogaforall #healthymind #pilatesperth #instayoga #pilateseveryday #perthlife #yogalove #beaufortstreet #yogaeverydamnday #activeinperth #perthwellness #perthfitness #perthfitfam #holistichealth #yogatips #perthhealth #perthwellness #perthgirlbosses #perthyogacommunity

A post shared by Yoga Harmony Perth (@yogaharmonyperth) on

Savasana, ataupun gaya mayat, boleh membantu mengurangkan kadar denyutan jantung anda dan menurunkan tekanan darah anda dengan ketara. Hanya berbaring, tutup mata, dan cuba merehatkan setiap otot badan anda.

Lakukan selama 10-15 minit dan anda akan rasakan perubahannya. Selain menormalkan tekanan darah, ia juga akan membantu mengimbangi sistem saraf anda.

2. Rendam kaki di dalam air panas

Merendam kaki di dalam air yang bersuhu sederhana panas dapat membantu menyejukkan kepala dan leher dan mengelakkan darah terus mengalir deras ke otak. Ambil besen atau baldi dan isikan dengan air, kemudian rendamkan kaki selama 10-15 minit.

1. Senaman kekuatan tangan isometrik

Kredit: © Grendizer Toys & Gifts / facebook

Menggenggam dan melepaskan tekanan menerusi senaman kekuatan tangan membantu anda memperbaiki fleksibiliti saluran darah anda dan keupayaannya untuk berehat. Lakukan selama 12-15 minit, 3 kali seminggu. Selepas sebulan, tekanan darah anda akan berkurang sehingga 10%.

Diilustrasikan oleh Daniil Shubin untuk BrightSide.me

Sumber: Brightside

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular