Dalam generasi di mana kita berlumba-lumba untuk mencari kesempurnaan dalam kehidupan dengan melakukan kerja-kerja yang tidak kita senangi, empat orang wanita ini berusaha menempa nama dalam industri hiburan yang menjadi minat mereka sejak dahulu lagi.

Empat orang wanita yang berasal dari latar belakang yang berbeza ini telah mempersembahkan bakat mereka yang luar biasa di pentas dunia melalui acara Asia’s Got Talent. Wanita-wanita yang bersatu dengan nama kumpulan ‘Nama’ ini telah mempertaruhkan nyanyian lagu “Bad Romance” milik penyanyi terkenal Lady Gaga untuk menarik perhatian para juri dan penonton yang ternyata telah terpukau dek kehebatan bakat mereka.

Asia’s Got Talent/YouTube

Dalam satu temu bual, empat orang alumni dari Universiti Malaya ini berkongsi kisah mereka menyertai Asia’s Got Talent untuk mengejar impian mereka menjadi penyanyi profesional.

“Impian kami sebagai satu kumpulan adalah untuk menjadi penyanyi sepenuh masa.”

“Pentas ini akan menjadi asas terbesar untuk kami bersinar, untuk orang mengenali kami dan mengenali bakat kami.”

Asia’s Got Talent/YouTube

Penyanyi utama juga berkongsi pendapat bahawa mereka tidak merasa satu keperluan untuk menanggalkan hijab mereka kerana mereka percaya bahawa bakat bukan tentang rupa yang ditunjukkan, tetapi lebih kepada kemahiran yang dipaparkan.

“Kami berharap apabila penonton melihat persembahan kami, mereka akan melihat ‘Oh, sebenarnya wanita yang berhijab juga boleh menyanyi dengan baik’,” katanya.

Asia’s Got Talent/YouTube

Setelah mereka selesai menyanyi, Nama disambut dengan tepukan gemuruh dan penonton yang benar-benar kagum dengan bakat mereka. Para juri, Anggun dan Jay Park juga menyatakan betapa mereka menikmati persembahan mereka, dan merujuk kumpulan itu sebagai “versi moden” dari “The Supremes”.

Walaupun David Foster tidak memberi kelulusannya kepada Nama, namun Nama masih tetap berjaya mara ke peringkat yang seterusnya kerana undi majoriti yang diterima.

Tonton persembahan memukau dari kumpulan berbakat, Nama dan bersedia untuk berasa kagum!

Asia’s Got Talent/YouTube

Sumber: World of BuzzAsia’s Got Talent/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular