Untuk meraikan apa jua perkara, juadah kek pastinya menjadi salah-satu pilihan utama. Dengan juadah kek, tidak kira apa jua perisanya sememangnya akan dapat membangkitkan suasana keraian.

AroundMeBD/YouTube

Tetapi, kek yang dihasilkan sendiri pastinya mempunyai nilai estetika yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kek yang dibeli di kedai roti dan kek. Mana tidaknya, dengan hasil usaha dan ketekunan kita membuat kek sehinggalah ke saat kita menghias kek yang dihasilkan, hal ini secara tidak langsung membuatkan kita lebih menghargai usaha kita untuk meraikan sesuatu perkara.

AroundMeBD/YouTube

AroundMeBD/YouTube

Begitulah halnya seperti video yang ditunjukkan dalam entri ini. Sekumpulan lelaki bekerjasama untuk menghasilkan kek yang begitu besar, dengan berat kira-kira 32 kg untuk meraikan kejayaan mereka kerana telah mempunyai 1 juta pengikut di saluran YouTube mereka, yang bernama AroundMeBD.

 AroundMeBD/YouTube

AroundMeBD/YouTube

Yang lebih mengharukan lagi adalah, kek yang dihasilkan dengan penuh rasa kasih sayang ini dihidangkan kepada seluruh penduduk kampung. Kanak-kanak, yang jelas kelihatan teruja semestinya gembira dengan juadah yang dihidangkan di hadapan mereka. Semuanya jelas di wajah mereka yang riang!

AroundMeBD/YouTube

Bersama-sama dengan video yang dimuat-naik, pemuda-pemuda ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengikut mereka di laman YouTube dengan menulis:

“Terima kasih kepada semua orang yang menonton video kami & juga yang melanggan saluran kami. Terima kasih kepada sesiapa yang menonton & tidak menyukai video kami. Kami tetap mendapat inspirasi untuk membuat video lebih baik.

AroundMeBD/YouTube

Saluran AroundMeBD bukan hanya untuk membuat video. Kami suka memberi makanan kepada penduduk kampung dan pelbagai organisasi yang tidak selalu mendapat makanan yang baik. Seperti kami memberi makanan kepada anak-anak yatim dan juga memberi makan kepada ramai penduduk kampung yang tua-tua. Kami cuba untuk memberi makanan yang mereka tidak pernah makan sebelum ini atau makanan yang baik.

Sekarang kita adalah keluarga dengan 1,000,000 pengikut.

AroundMeBD/YouTube

Oleh itu, kami menghasilkan kek seberat 32 kg untuk seluruh penduduk kampung. Dan adakah anda tahu bahawa kebanyakan penduduk kampung ini tidak pernah makan kek sebegini sebelum ini.

AroundMeBD/YouTube

Hari ini juga kami turut memberi pakaian sebagai hadiah kepada semua penduduk wanita yang selama ini bersusah-payah memasak setiap hari untuk penduduk kampung kami. Kami juga turut memberi pakaian kepada semua kanak-kanak untuk menyambut 1 juta pengikut kami.

Bayi comel kami Sneyha memotong kek dengan semua orang. Setiap kanak-kanak kampung dan penduduk kampung mendapat sepotong kek.

Kami harap anda menikmati video ini. Terima kasih banyak kerana menonton video kami. Anda boleh menyukai laman facebook kami di www.facebook.com/AroundMeBD untuk melihat beberapa gambar yang tidak dapat dilihat dari acara harian.”

AroundMeBD/YouTube

Dengan nilai murni yang ditunjukkan oleh sekumpulan lelaki ini kepada seluruh penduduk kampung, dan kini kepada seluruh dunia, kami pasti mereka telah banyak memberi pengajaran kepada kita yang menontonnya. Teruskan usahamu anak-anak muda!

Tonton video yang dinyatakan ini:

Sumber: AroundMeBD/YouTube, epochtimes.com/Facebook

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular