Terdapat ramai artis berbakat di luar sana yang tidak mendapat pengiktirafan dalam bidang seni dengan sewajarnya walaupun telah menghasilkan karya seni yang mengagumkan. Seorang pemuda dari Nigeria merupakan salah seorang artis berbakat dalam seni lukisan hiper realistik yang bertuah kerana secara kebetulan hasil kerja keras dan kreativitinya telah mendapat perhatian dan pujian artis Hollywood sehingga dia menjadi perhatian dunia.

Artis muda berbakat bernama Eli Wuduba Yusuf dari Kaduna, Nigeria menghasilkan lukisan hiper realistik dengan hanya menggunakan pensil dan kertas lukisan berkualiti. Baru-baru ini Eli telah melukis wajah potret pelawak dari Hollywood yang terkenal, Kevin Hart dan memuat naiknya di Twitter dengan harapan artis ini memberi maklum balas.

Selepas mendapat ribuan retweet daripada para netizen yang mengagumi hasil kerja seni Eli, akhirnya potret hiper realistik tersebut telah sampai ke perhatian Kevin Hart yang kemudian membalas Twitter Eli.

Pelawak Kevin Hart begitu mengagumi hasil kerja seni Eli dan memuji bakat dan inisiatifnya untuk mendapat pengiktirafan dunia. Kevin telah menawarkan diri untuk membeli lukisan potretnya itu, disamping membuat tempahan melukis potret tiga orang rakan yang lain, yang akan diberikan sebagai hadiah.

Kuasa media sosial telah memberi peluang kepada artis muda berbakat seperti Eli untuk mendapat pendedahan dan memperkembangkan bakatnya di dunia luar. Secara tidak langsung, ia telah memberi peluang kepada Eli untuk mengubah nasib dan kehidupannya.

Menurut seorang wartawan dari Nigeria, Yaron Mudi, terdapat kira-kira 70 peratus anak muda di Nigeria yang mempunyai bakat dalam bidang seni lukisan air, cat dan lakaran. Ramai yang telah mencuba untuk mengetengahkan bakat mereka melalui platform media sosial dengan harapan terdapat masyarakat dunia yang akan menghargai bakat mereka.

Eli Wuduba baru sahaja membuka akaun Twitter dengan tujuan untuk menarik perhatian idolanya, Kevin Hart. Namun tidak sangka telah mendapat perhatian para netizen dengan pantas sehingga menjadi tular.

Eli menulis, “Tidakkan Kuasa Tuhan itu menakjubkan? Saya baru beberapa hari membuka akaun Twitter dan hasil kerja saya telah menjadi tular, dan telefon saya tidak berhenti berbunyi.”

Pelukis hiper realistik pertama di Nigeria yang mendapat perhatian dunia ialah Oresegun Olumide yang menghasilkan hasil seni menerusi warna minyak, sebelum dia memuat naikny di media sosial dan menjadi tular. Lukisan hiper realistik yang menggunakan cat minyalk adalah lebih hidup berbanding menggunakan pencil biasa hitam dan putih.

Artis muda seperti Eli menghabiskan masa berjam-jam membuat lakaran dan bayangan realistik sebelum menghasilkan lukisan potret hiper realistik yang mengagumkan.

Tema yang sering digunakan oleh artis di Nigeria lukisan potret artis ternama, kesamarataan gender, kebudayaan Afrika dan kuasa masyarakat kulit hitam. Menerusi tema ini anak-anak muda berbakat di Nigeria cuba mengetangahkan bakat dan kreativiti mereka kepada dunia.

Eli yang baru sahaja meraih popularitinya menerusi pujian pelawak Kevin Hart berasa amat bertuah dan bersyukur kerana diberi peluang untuk mengetengahkan bakatnya kepada dunia.

Pemuda ini berharap akan terus mengasah kemahiran melukis dan mengembangkan bakatnya di dalam bidang seni hiper realistik kepada tahap yang lebih baik .

Sumber : Bored Panda, Eli Waduba/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular