CHINA – Seorang wanita berusia 30 tahun yang mengamalkan minum kopi hitam lebih daripada 10 cawan setiap hari dilaporkan mempunyai tulang rapuh seperti seseorang yang berada dalam lingkungan usia 60 tahun.

Masalah kesihatan Han Xiao, seorang pekerja pejabat dari Wuhan, China mula mula kelihatan apabila dia dikatakan mengalami selesema dan batuk teruk yang berpanjangan selama lebih setengah bulan. Di samping itu, Han turut mengalami kesakitan pada bahagian dadanya sehingga mengakibatkan dia sukar untuk tidur serta tidak boleh meniarap.

Kredit: Wenxue City

Keesokan paginya, Han telah pergi ke hospital untuk menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut melalui ujian sinar X bagi mengenal pasti punca sebenar. Pada ketika itulah, doktor mengesahkan bahawa beberapa tulang rusuk Han telah mengalami keretakan akibat batuk yang kuat.

Doktor turut mengetahui bahawa Han merupakan seorang yang ketagih kopi dan telah mengamalkan tabiat ini selama lebih daripada tujuh tahun.

Kredit: MIMS Today

Setelah itu, Han telah dibawa menjalani ujian pemeriksaan kepadatan mineral dalam tulang. Hasil ujian dilaporkan bahawa keadaan tulang Han adalah sama seperti keadaan tulang seseorang yang berusia 60-an dan bakal menghidap penyakit osteoporosis iaitu penyakit tulang rapuh di usia muda.

Kredit: Medical News Today

WebMD melaporkan bahawa terdapat beberapa jenis bahan makanan seperti garam, kafein dan juga minuman soda yang boleh menyumbang kepada osteoporosis. Justeru, golongan wanita khususnya adalah dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan bahan-bahan ini dan mengamalkan amalan pemakanan yang sihat.

Bagi memastikan tahap kesihatan berada pada keadaan yang optimum, anda juga disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan kalsium serta menjalani ujian kepadatan tulang secara berkala bagi wanita yang berusia 45 tahun ke atas.

Sumber: Sina

Maybe you're interested :

Share

Video Popular