Bagi sesetengah daripada kita, bercuti bersama ibu kita mungkin kedengaran agak membosanlan, dan kita lebih memilih untuk bercuti bersama pasangan atau kawan. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda mengetahui lebih lanjut mengenainya, anda akan melihat bahawa idea bercuti dengan ibu anda sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat!

Oleh itu, menerusi entri ini kami akan berkongsi dengan ada 6 manfaat yang boleh didapati sekiranya anda memilih untuk bercuti bersama ibu anda.

1. Anda dan ibu anda adalah pasukan yang sudah siap sedia.

Sarynaxox / Imgur

Anda mungkin akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan tabiat dan keinginan rakan anda semasa bercuti, namun, anda dan ibu anda saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik daripada orang lain di dunia ini. Sama ada anda berbaring di pantai atau mendaki, melawat muzium atau pergi membeli-belah, makan di restoran-restoran mewah atau menikmati makanan jalanan tempatan yang bagus; kita semua mempunyai idea yang berbeza tentang percutian yang sempurna.

Tetapi apabila anda bercuti dengan ibu anda, kemungkinan besar anda berdua berkongsi idea percutian yang hebat adalah sama kerana ibu bapa jugalah yang menunjukkan kepada kita maksud percutian yang menyeronokkan ketika kita masih kecil. Dengan berfikir tentang hal ini, anda mungkin akan sedar bahawa anda dan ibu anda mempunyai cita rasa yang sama tentang percutian yang menyeronokkan.

2. Bersama-sama, anda akan mengukir kenangan yang sebenarnya penting.

kourtneykardash / Instagram  / kourtneykardash / Instagram

Ketahuilah, tiada cenderahati yang boleh menggantikan swafoto kabur anda bersama dengan ibu anda atau gambar anda berdiri di sebelah arca tarikan pelancong. Gambar-gambar yang kekok tapi elok dan hangat mungkin tidak akan memberi apa-apa makna pada masa ini tetapi suatu hari nanti, anda akan menghargai setiap gambar yang anda miliki kerana setiap satunya mempunyai kisah yang menggembirakan bagi anda dan ibu anda.

Ketika bercuti, luangkan masa anda untuk mencipta kenangan yang bermakna, sesuatu yang istimewa kepada anda berdua. Tanpa anda sedari, kenangan-kenangan yang tercipta ini boleh dijadikan topik bagi menghangatkan suasana ketika anda berbual bersama satu hari kelak.

3. Percutian ibu dan anak adalah peluang yang baik untuk bermesra.

 

Depositphotos.com / Depositphotos.com

Jika anda tinggal berjauhan dari ibu anda, mungkin sukar bagi anda untuk mencari masa yang tepat untuk saling berbual dan berkongsi cerita antara satu sama lain. Seringkali kita berbual dengan ibu bapa kita hanya pada hujung minggu, musim cuti, atau majlis keluarga di mana kita perlu berkongsi masa dan ruang dengan ramai orang.

Tetapi jika anda bercuti bersama ibu anda sahaja, anda pastinya dapat mengisi jurang itu dengan menghabiskan hari cuti anda dengan berkongsi cerita, ketawa bersama-sama, berpelukan dan melakukan segalanya yang anda tidak punyai ruang untuk lakukan selama ini.

4. Percutian dengan ibu anda adalah cara sempurna untuk mengatakan, “Terima kasih”.

Gilmore Girls / Warner Bros.

Seorang ibu yang penyayang akan melakukan apa sahaja untuk membuat anaknya bahagia. Dengan menjemput ibu anda untuk pergi bercuti adalah salah satu cara terbaik untuk membalas segala perngorbanannya. Anda mungkin tidak memikirkannya, tetapi percutian dengan anak yang dikasihi mungkin lebih bermakna untuk ibu anda. Jika anda cuba mencipta semula percutian anda dan ibu anda ketika anda masih kecil, anda akan membuat ibu anda berasa gembira dan terharu, dan akan membawa kembali saat-saat yang paling menyentuh hati ibu.

5. Semasa bercuti bersama, anda akan saling mengenali antara satu sama lain dan meninggalkan zon selesa anda.

 

Shutterstock.com / Shutterstock.com

Apakah makanan kegemaran ibu anda? Apa yang dia baca pada masa ini? Apakah rancangannya untuk masa terdekat? Sekiranya anda gagal untuk menjawab sekurang-kurangnya satu daripada soalan ini, anda dan ibu anda mungkin memerlukan percutian peribadi, hanya berdua. Luangkan masa yang berharga bersama-sama, mengenali rahsia masing-masing, nikmati masa peribadi anda yang panjang dan perbualan yang tidak terganggu.

Melakukan sesuatu aktiviti yang tidak pernah dilakukan sebelum ini juga akan menguatkan lagi hubungan anda. Tidak pernah terfikir untuk melakukan sukan ekstrem? Cuba parasailing di atas laut dan kongsi pengalaman yang menarik ini bersama-sama.

6. Percutian dengan ibu akan mengajar anda erti kesabaran.

Snatched / 20th Century Fox

Walaupun ikatan antara ibu dan anak adalah yang paling kuat yang dapat kita bayangkan, namun anak tergolong dalam generasi yang berbeza dan kebanyakan minat dan pendapat kita berbeza. Kita mungkin bangun pada masa yang berlainan, lebih suka makanan yang berlainan untuk sarapan dan mempunyai idea yang berbeza tentang filem apa yang akan ditonton sebelum waktu tidur. Masa yang terhad dan ruang yang tidak dikenali akan menggalakkan anda untuk berkompromi dan mencari penyelesaian yang akan membuat anda berdua gembira.

Selamat mencuba!

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular