Maria merupakan seorang wanita yang sejak kecil lagi dimanjakan dengan barangan dan kehidupan mewah! Berasal dari Rusia dan kini menetap di United Kingdom, Maria yang berusia 21 tahun dan telah mempunyai seorang anak sentiasa dilimpahi dengan kekayaan dan tidak tahu erti kesusahan.

rimmermaria/Instagram

Namun, segalanya berubah setelah Maria terlibat dalam satu rancangan realiti televisyen iaitu Rich Kids Go Skint di mana dia telah melihat dan melalui sendiri pengalaman hidup dalam kedaifan sekali gus membuka matanya untuk sentiasa bersyukur.

“Saya tahu sekarang. Saya hidup mewah dan senang-lenang. Saya sering merungut tentang betapa sukarnya untuk menjaga anak sambil belajar. Tetapi kini saya faham kehidupan saya ibarat di dalam syurga.”

rimmermaria/Instagram

Menurut Maria, selain memiliki beg tangan jenama Chanel pertamanya ketika berusia lima tahun, Maria turut mempunyai pengasuh, orang gaji dan juga tukang masak di rumah. Meskipun hanya bergelar pelajar, Maria mempunyai sebuah penthouse (rumah di tingkat paling atas sesebuah bangunan) dan segalanya sudah tentu dibelikan oleh ibu bapanya sendiri.

Maria juga sangat gemarkan kehidupan sosial di kasino dan duit bukanlah satu masalah buat dirinya. Setiap bulan, Maria akan menghabiskan beratus ribu ringgit pada barangan berjenama. Antara barangan mewah yang pernah dibeli olehnya adalah pakaian jenama Dolce & Gabbana (RM5,380), Stella McCartney (RM4,300), beg tangan biru kecil (RM75,300) dan beg tangan daripada kulit buaya jenama Birkin (RM183,000).

rimmermaria/Instagram

“Biasanya saya akan membelanjakan sekitar RM21,000 hingga RM26,000 setiap bulan tetapi ia adalah jumlah minimum. Tahun lalu, saya menghabiskan sehingga RM48,000 sebulan.”

Tambah Maria lagi, “Saya akan pergi bercuti sebanyak empat atau lima kali setiap tahun. Jika seluruh keluarga pergi meluncur salji, kosnya boleh mencecah sekitar RM270,000 untuk 10 hari”.

rimmermaria/Instagram

Maria yang merupakan penuntut di sebuah institusi pendidikan di Britain dan mengkhusus dalam bidang Geologi turut mahukan anak perempuannya yang kini berusia lapan bulan mendapat segala yang dia pernah dapat semasa kecil.

rimmermaria/Instagram

“Saya mahu anak saya mendapat barangan terbaik di dunia, yang paling istimewa dan mahal. Saya mendapat beg Chanel pertama ketika berusia lima tahun dan saya mahu tradisi ini diturunkan kepada anak saya,” kata Maria yang pernah membelikan kain skirt berharga RM7,900 buat anaknya.

“Saya mampu mendapatkan apa sahaja yang saya mahukan sejak kecil. Perkataan tidak tiada dalam kamus hidup saya. Ibu bapa saya bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada saya. Kini, suami saya pula bekerja keras untuk saya dan anak kami.”

Mirror

Namun, segalanya berubah apabila Maria menyertai rancangan Rich Kids Go Skint dan bertemu dengan pasangan Becky Bouzguanda dan suaminya, Hama yang tinggal di Croydon,  London. Berbeza dengan Maria, Becky tinggal di sebuah rumah yang tiada bilik bersama dua lagi anaknya.

Bukan sahaja itu, mereka turut membelanjakan sekadar RM3,500 sebulan pada keperluan yang wajib di mana peruntukan sebanyak RM270 akan dihadkan untuk perbelanjaan makan mereka empat beranak. Becky menceritakan bahawa kebanyakan pakaian yang dimiliki oleh anaknya iaitu Madhi, 4 tahun dan Alfie, 18 bulan adalah diperolehi daripada kedai kebajikan.

rimmermaria/Instagram

Maria berasa amat terkejut dengan situasi itu dan tidak pernah mendengar mengenai kedai kebajikan (kedai jualan murah) sepanjang hidupnya.

Mirror

“Kami tidak membeli barangan keperluan kami demi memastikan anak-anak dapat apa yang mereka perlukan. Kami mempunyai pendapatan kecil untuk membiayai makanan,” kata Becky.

Selama seminggu menetap bersama keluarga Becky, Maria telah mempelajari bagaimana keluarga ini berjimat-cermat bagi memastikan keluarga mereka mampu bertahan untuk bulan tersebut. Pengalaman ini ternyata membuatkan Maria sedar dan mahu berubah.

rimmermaria/Instagram

Setelah melihat sendiri kedaifan keluarga Becky, Maria memutuskan untuk membayar tiket penerbangan buat keluarga ini ke Tunisia bagi membolehkan mereka melawat saudara-mara di sana.

Kata Maria, “Selama ini saya tidak tahu langsung mengenai bantuan dan bagaimana cara untuk mendapatkannya. Kini saya mengerti bahawa kehidupan saya seperti di syurga. Pada masa hadapan, saya akan lebih berhati-hati dalam berbelanja kerana saya tahu duit yang saya bazirkan itu adalah sangat bermakna buat segelintir individu. Pertemuan ini telah membuka mata saya.”

Sumber: Mirror, kwongwahrimmermaria/Instagram

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular