Pasangan Remy dan Bomber merupakan duo anjing yang rapat dan gemar menarik perhatian tuannya serta orang lain. Jika mereka kebosanan dan mahukan sesuatu, mereka akan gigih berusaha mendapatkannya tidak kira walaupun pihak polis yang terlibat.

Jabatan Polis Lakeville di Minnesota baru-baru ini telah menerima beberapa panggilan kecemasan dengan bunyi yang pelik dan mereka menjadi keliru akan siapa gerangannya yang membuat panggilan.

Fox 9

Panggilan misteri itu telah menarik perhatian jabatan polis sehingga dua orang pegawai polis wanita, Michelle Roberts dan Emily Bares telah diarah bergegas ke lokasi tempat panggilan itu dibuat. Mereka memeriksa keadaan rumah itu berkunci dan tiada siapa yang membuka pintu.

Tetapi mereka berasa pelik dan mustahil tiada sesiapa di dalam rumah itu. Pegawai Michelle Roberts berkata, “Semasa kami mendengar panggilan itu kedengaran suara anjing menyalak dari latar belakang tetapi tiada pula suara manusia.”

Lakeville Police/Twitter

Semasa mereka sedang memeriksa rumah tersebut, beberapa panggilan kecemasan terus diterima dari rumah itu. Jadi pegawai Michelle cuba memeriksa rumah tersebut sekali lagi. Kemudian dia menemui nombor telefon pemilik rumah dan mendapat kod kekunci bagi membuka garaj.

Katanya, “Saya bimbang jika terdapat orang yang diculik di dalam rumah ini dan tidak boleh bercakap tetapi terus membuat panggilan kecemasan. Tidak sangka pula rupa-rupanya kelihatan dua ekor anjing yang membuat aksi gempar ini.”

Lakeville Police/Twitter

Sebaik sahaja pegawai Michelle memasuki rumah ini, dia telah melihat dua ekor anjing dengan rupa tidak bersalah dan segan kerana telah menyusahkan orang tetapi pada masa yang sama berasa amat gembira kerana ada orang yang datang memberi perhatian.

Pegawai Michelle Roberts berkata, “Mereka menyalak kepada kami dan kemudian terdiam. Tetapi tidak lama selepas itu mereka mendekati kami, rupa-rupanya mereka ini anjing yang peramah dan hanya mahu dibelai.”

Fox 9

Pegawai Michelle Roberts memeriksa rumah itu dan terlihat satu telefon bimbit di atas salah satu meja yang kini hanya berfungsi membuat panggilan kecemasan. Menurut teorinya, dua ekor anjing ini mungkin membuat 16 panggilan itu dengan menaiki kerusi dan meja lalu menekan butang panggilan kecemasan 911 dengan kaki atau muncung mereka.

Pegawai Michelle Roberts berkata sepanjang dia bertugas sebagai anggota polis selama 20 tahun, ini adalah pertama kali dia memberkas dua ekor anjing yang mencetus aksi mendebarkan. Tetapi katanya, mujurlah panggilan kecemasan sebanyak 16 kali itu hanya satu insiden kecil dan bukan kes kecemasan sebenar.

Sumber : The DodoFox 9

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular