Sekumpulan remaja telah menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang tergantung dan berpaut pada kerusi sewaktu menaiki Gunung Grouse di Vancouver, Kanada.

Insiden penyelamatan yang dramatik ini turut disaksikan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian sambil melihat sekumpulan lima remaja berusia 13 dan 14 tahun cuba untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dengan menyediakan jaring di bawah.

CTV melaporkan bahawa dalam kejadian pada 28 Februari itu, kanak-kanak berusia 8 tahun tersebut telah dilihat tergantung beberapa meter dari bahagian bawah selepas dia tergelincir sewaktu menaiki pengangkutan itu.

Seorang individu dewasa turut dilihat sedang cuba untuk berpaut pada kanak-kanak terbabit bagi memastikannya tidak terjatuh ke bawah.

“Mereka menunjukkan ke arah lif itu dan saya lihat seorang budak tergantung. Saya terkejut,” kata salah seorang penyelamat yang dikenali sebagai Ethan Harvey.

Global BC/Twitter

Kelima-lima remaja itu kemudiannya segera membuat rancangan dengan mengambil pagar keselamatan daripada plastik untuk dijadikan sebagai jaring dan pelapik.

Salah seorang remaja iaitu Gabriel Neilson menjelaskan bahawa dia hanya menyedari mengenai insiden itu apabila rakannya menjerit meminta dia memegang jaring berkenaan.

“Saya melihat pada jaring kemudian apabila saya melihat ke atas, saya nampak budak itu sedang tergantung dari kerusi. Ada satu ketika budak itu hanya berpaut dengan menggunakan sebelah tangan sahaja,” kata Gabriel.

“Kami meminta dia mempercayai kami dan melepaskan tangannya. Apabila dia terjatuh, kami berjaya menangkapnya”.

Global BC/Twitter

Ketika ditanya mengenai mengapa mereka mengambil keputusan untuk menggunakan jaring pagar keselamatan itu, remaja-remaja ini menjawab mereka yakin dengan kekuatan pagar itu sebagai jaring memandangkan ianya direka untuk mengurangkan impak sekiranya peluncur tergelongsor.

Menurut bapa kepada salah seorang remaja berkenaan, dia sangat berbangga dengan tindakan pantas kesemua remaja itu untuk menyelamatkan orang yang dalam kesusahan. Malah, wakil Gunung Grouse juga turut berbangga dan bercadang untuk memberikan kelima-lima remaja terbabit pas secara percuma untuk masuk dan menikmati sukan luncur di kawasan pergunungan itu.

Sumber: The Epoch Times, Global BC/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular