TOKYO – Seorang bayi yang telah dilahirkan dengan berat 268 gram atau 9.45 auns akhirnya telah semakin sihat dan dibenarkan pulang ke rumah, menjadikan bayi ini sebagai bayi terkecil yang pernah dilahirkan di dunia dalam keadaan selamat.

Bayi lelaki yang tidak dinamakan di dalam laporan ini telah dilahirkan melalui kaedah caesarean pada bulan Ogos yang lalu apabila dia telah gagal menunjukkan pertumbuhan dan berat yang baik semasa kehamilan dan para doktor berasa bimbang nyawanya akan berada dalam bahaya ketika di dalam kandungan semasa ibunya menjalani imbasan CT pada minggu ke-24.

Keio University School of Medicine

Menurut laporan Hospital Universiti Keio, bayi ini telah berada dalam pengawasan di unit rawatan rapi sehingga beratnya mencapai 7 paun atau 3.2 kilogram, sebelum dibenarkan oleh para doktor untuk dibawa pulang pada 20 Februari 2019.

Kata ibu bayi ini, “Saya berasa amat bersyukur yang bayi saya dapat membesar dengan baik. Secara jujur, saya juga berasa tidak pasti sama ada dia boleh bertahan dan hidup lebih lama.”

Bayi kelahiran Jepun ini telah mengatasi rekod bayi terkecil di dunia sebelumnya  dengan kekurangan berat 0.21 auns atau 6 gram. Rekod ini telah didaftarkan dalam daftar Bayi Terkecil di laman sesawang Universiti Iowa.

Keio University School of Medicine / Reuters

Sebelum ini, bayi terkecil telah dilahirkan di Jerman pada tahun 2009 dengan berat 9.66 auns atau 274 gram yang telah dipegang selama 9 tahun.

Akan tetapi, bayi dari Jepun ini bukan satu-satunya bayi terkecil pernah dilahirkan dan terselamat. Seorang bayi perempuan terkecil pernah dilahirkan di Jerman pada 2015 dan terselamat.

Doktor Takeshi Arimitsu yang telah merawat bayi luar biasa ini memberitahu BBC yang dia ingin menunjukkan kepada dunia bahawa terdapat kemungkinan bayi-bayi kecil yang dilahirkan akan hidup dan terus bertambah sihat sehingga mereka akan dibenarkan dibawa pulang ke rumah dan menjalani kehidupan seperti bayi normal yang lain.

Keio University School of Medicine / Reuters

Menurut daftar yang dikeluarkan oleh Universiti Iowa, hanya terdapat 23 bayi terkecil di seluruh dunia yang dilahirkan dengan berat yang kurang daripada 300 gram. Hanya empat orang di kalangan mereka adalah bayi lelaki.

Menurut Hospital Universiti Keio, kadar kebarangkalian untuk bayi-bayi ini dilahirkan dalam keadaan selamat ialah dengan purata berat 2.2 paun atau 1 kilogram atau 90 peratus di Jepun. Bagi bayi yang dilahirkan di bawah 300 gram atau 10.59 auns, kadar kebarangkalian untuk mereka selamat ialah sebanyak 50 peratus.

Bayi yang dilahirkan dengan saiz yang besar tidak semestinya sihat

Bayi yang dilahirkan kecil dan sering terselamat selalunya terdiri daripada bayi perempuan. Sebab dan alasannya adalah tidak diketahui, walaupun secara teori, pakar berpendapat paru-paru bayi lelaki selalunya membangun dengan lebih perlahan.

Menurut kajian dari UNICEF, Jepun mempunyai kadar terendah dalam kematian bayi.

Satu rekod lama di Amerika Syarikat menunjukkan seorang bayi lelaki gergasi dengan berat 10 kilogram dan setinggi 76 sentimeter telah dilahirkan pada bulan Ogos 1879, tetapi meninggal dunia 11 jam kemudian.

Dr. Kristin Atkins dari Sekolah Perubatan Universiti Maryland menjelaskan di dalam ScienceLive dengan menyatakan, sama seperti bayi yang kecil, bayi yang dilahirkan dengan saiz yang besar juga tidak semestinya sihat.

NTD.TV

Menurut Dr. Atkins, “Nutrien utama yang mengawal tumbesaran bayi ialah gula. Sekiranya seorang ibu mempunyai masalah diabetes yang telah menaikkan kadar gula dalam darah, kemungkinan mereka melahirkan bayi yang bersaiz besar adalah tinggi.”

Rekod bayi terbesar ialah seberat ialah 10.3 kilogram yang bertahan selama 63 tahun. Bayi yang tercatat dalam Rekod Dunia Guinness ini telah dilahirkan di Aversa, Itali pada tahun 1955.

Menurut Universiti Michigan, purata berat bayi normal yang dilahirkan ialah sekitar 3.4 kilogram, walaupun berat 2.5 kilogram sehingga 4.5 kilogram masih dianggap berat yang normal.

Menurut laporan universiti ini lagi, “Bayi lelaki selalunya dilahirkan lebih berat daripada bayi perempuan. Bayi pertama yang dilahirkan selalunya lebih ringan daripada adik beradiknya yang lain. Ibu bapa yang berbadan besar selalunya akan melahirkan bayi yang besar, sementara ibu bapa yang berbadan kecil akan melahirkan bayi yang bersaiz kecil.”

Sumber : The Epoch Times

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular