Setiap hari, kita berhadapan dengan pelbagai perkara yang merunsingkan kepala dan mencetuskan persoalan yang kita sendiri tidak tahu jawapannya. Namun, kuasa kecanggihan teknologi dan penggunaan internet yang meluas pada zaman ini membolehkan kita mencari segala jawapan kepada apa jua persoalan dalam masa beberapa minit sahaja!

Misalnya, pada tahun 2016, Google telah memproses lebih daripada 63,000 permintaan setiap saat! Hal ini bermakna dalam tempoh 24 jam, hampir 5.5 bilion permintaan menerusi enjin carian Google telah dibuat oleh pengguna internet seluruh dunia…

Betul-betul menakjubkan!

Tetapi, adakah kita boleh mendapatkan apa sahaja jawapan daripada Google meskipun soalan yang kita ajukan itu sangat merepek? Ini buktinya!

#1

Soalan: Apakah makhluk yang menakutkan pada dinding ini? Adakah saya patut merasa takut?

Jawapan: Tidak perlu. Ia adalah spesies rama-rama jantan. Ia tidak membahayakan.

BundleOfSticks556 / reddit  

#2

Soalan: Raksasa apakah ini?

Jawapan: Ia adalah ciptaan NASA. Pengangkutan di Marikh yang kelihatan seperti Batmobile

bigoleturtledick / reddit  

#3

Soalan: Apakah benda di atas kereta saya ini?

Jawapan: Ia adalah ulat beluncas yang dilitupi telur parasit. Segera cuci kereta awak

iChickk / reddit  

#4

Soalan: Terlihat benda ini melintas jalan. Apakah ia?

Jawapan: Ia adalah robot semi-auto yang menghantar makanan. Anda perlu membiasakan diri. Kita berada di abad ke-21!

ahoko / reddit  

#5

Soalan: Apakah benda bulat-bulat pada tingkat bas ini? Apa fungsinya?

Jawapan: Ini adalah Frit, cat seramik yang dibakar untuk menghalang sinaran ultraungu daripada memasuki tingkap. Sebab itulah keadaan di dalam bas sentiasa panas dan kering

Fred330 / reddit

#6

Soalan: Saya telah membawa kekacang pelik ini ke rumah. Sekarang, ia telah terbuka dan membuatkan saya semakin bingung

Jawapan: Jangan risau. Ia cuma biji bunga magnolia

Sanvi / reddit  

#7

Soalan: Ternampak cahaya ini di Wisconsin malam tadi. Adakah ia makhluk asing?

Jawapan: Ia adalah rumah hijau yang menggunakan LED ungu/merah jambu berkuasa rendah. Kelihatan menakutkan pada waktu malam.

Krutzfeldt1 / reddit  

#8

Soalan: Benda ini muncul dalam balang lembap tempat saya menanam tumbuhan karnivor. Saya takut.

Jawapan: Saya cemburu. Ia adalah sejenis cendawan. Pisahkannya kepada bahagian kecil dan letakkan dalam bekas lain. Ia makan bijirin oat.

dr_rentschler / imgur  

#9

Soalan: Apakah benda ini? Terjumpa di sebelah alat pembakar. Tolong jangan beritahu saya ia adalah lipas. Saya bencikannya!

Jawapan: Oh tidak. Ia mungkin ekor ular orok-orok.

sal25 / reddit  

#10

Soalan: Saya terjumpa makhluk ini di pantai New Zealand. Adakah ia bahaya?

Jawapan: Ia adalah hidupan marin yang bertoksik dan boleh menyengat tanpa dijangka. Ia bergerak dengan bantuan buih laut

goforajog / reddit  

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI

Video Popular