Anjing peliharaan itu bukan sahaja teman yang terbaik dan setia, malah mereka juga merupakan pelindung terbaik dan sentiasa berwaspada dalam memastikan tuan masing-masing sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan baik. Sebuah badan kebajikan bernama ‘Mountain Rescue Search Dogs England’ telah mendedikasikan jasa dan usaha anjing penyelamat yang telah dilatih untuk menyelamat dan membantu operasi menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam hutan dan runtuhan salji di pergununungan. Rakaman video yang disediakan menunjukkan bagaimana kerja menyelamat oleh seekor anjing penyelamat yang dilatih dilakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga akan menyentuh hati anda.

Ketika anda hilang atau tersesat di hutan tebal dan tempat terpencil di England, ia sudah pasti akan menakutkan dan berbahaya, tetapi terdapat satu badan sukarela yang akan dapat membantu mangsa yang memerlukan.

SARDAEngland

Bersama lain-lain kemahiran, anjing penyelamat telah dilatih secara profesional untuk mencari mangsa yang terperangkap dan tertimbus di dalam runtuhan salji.

SARDAEngland

Semasa latihan menyelamat dan menggali timbunan salji, seorang sukarelawan yang ditimbus telah merakamkan detik dia diselamatkan oleh seekor anjing penyelamat daripada timbunan salji.

SARDAEngland

Masa yang diambil oleh anjing penyelamat ini untuk mengesan serta mencari mangsa begitu pantas dan cekap, sebelum dia dilihat bergerak ke arah timbunan salji dan menggali salji untuk menyelamatkan mangsa.

SARDAEngland

Dengan usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, anjing penyelamat ini mendedikasikan diri untuk cuba menggali dan mengeluarkan sukarelawan ini yang dikambus salji secepat yang mungkin, sambil dia menyalak memanggil ahli penyelamat yang lain.

SARDAEngland

Walaupun situasi ini hanya satu latihan dan olok-olok, anjing ini tetap memastikan bahawa segala latihan dan pembelajarannya amat berguna untuk dipraktikkan dalam situasi sebenar yang akan berlaku kelak pada bila-bila masa.

SARDAEngland

Anjing penyelamat ini sudah pasti dapat memberikan bantuan segera apabila keadaan kecemasan memerlukannya.

SARDAEngland

Nama anjing penyelamat yang cekap ini ialah Flo. Flo berusia 4 tahun dan tugasnya yang utama ialah menjadi anjing penyelamat dengan kepakaran dapat menyentuh hati semua orang.

SARDAEngland

Sememangnya Flo si anjing penyelamat, antara petugas sukarelawan yang amat berdedikasi tinggi dan berani menghadapi apa juga situasi kecemasan di pergunungan.

Lihat rakaman video di bawah.

Sumber : Drez Vidz/YouTube , Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular