Hasil seni kreatif sulaman tangan Sheena Liam, 27 tahun yang berasal dari Pulau Pinang dipaparkan di halaman rasmi Instagram pada 7 Februari, Khamis lalu.

 

View this post on Instagram

 

Warning: Sheena Liam’s (@times.new.romance) hand-embroidered creations may not be based on real people… but they may induce some serious hair envy. “I’m not a person who can sit idle,” says the artist and model, who is originally from Penang, Malaysia, and now lives in NYC. She learned the basics from her mother as a child, and picked back up her needle and thread to stay occupied during her commute and in her free time. “The internet introduced me to artists with new and contemporary ways of approaching the medium,” says Sheena. “It made me realize the potential of embroidery beyond the traditional.” Tune in to today’s story to see more of Sheena’s embroidery style. 🧵 Photo by @times.new.romance

A post shared by Instagram (@instagram) on

Sulaman tangannya itu menggambarkan seorang wanita memakai baju kemeja dengan rambut bertocang dan sedang membaca buku.

Sheena Liam yang kini tinggal di New York menghasilkannya dengan menggunakan benang hijau gelap, yang merupakan kegemarannya, dan kanvas kosong.

The Star

Menurut keterangan gambar yang dimuat naik tersebut, Sheena mempelajari kemahiran ini daripada ibunya dan dia meluangkan masa lapangnya dengan menyulam.

“Saya bukan orang yang boleh duduk diam. Internet memperkenalkan saya kepada artis dengan cara baru dan kontemporari untuk menghampiri media. Ia membuatkan saya sedar potensi sulaman melewati tradisional,” katanya.

Sementara itu, pada tahun 2018, wanita berbakat ini juga menganjurkan pameran solo pertamanya di Item Gallery, Paris. Pameran tersebut menampilkan semua karya seninya di satu tempat, buat pertama kalinya.

Selain itu, ini bukan kali pertama pencapaian Sheena yang telah membanggakan Malaysia kerana dia juga merupakan orang Malaysia yang pertama muncul juara dalam program realiti televisyen, Asia’s Next Top Model musim kedua pada tahun 2014.

Kernel’s Corner

Dia juga merupakan sebahagian daripada program BRATs The Star tahun 2005 di Langkawi, yang telah melatih calon wartawan muda sejak tahun 1993.

Sumber: The Star

Maybe you're interested :

Share

Video Popular